Sunday, August 9

REVIEW : LEMON & GINGER TEA



Entry ni aku nak review pasal Heath & Heather Lemon and Ginger Tea. Ini second product yang aku beli dan guna from Heath & Heather. So, dah lepas bersalin ni mesti la nak kerap keluarkan angin dalam badan dan nak kempiskan perut ken? Hehe. Aku ni nak kata rajin pon tak sangat masa dalam pantang tuh berbengkung, ada jugak hari yang skip. Mak aku berleter jaa, hari-hari nak kena ingatkan berbengkung hihihi. So, aku rasa as semua orang tau pon benefit ginger and lemon ni kan? Kalau taktau sila google. Hikhok! 


Aku cuma nak cerita kesan dia ke atas aku lepas minum tea lemon & ginger ni! Aku okay ja minum teh halia kalau buat sendiri pon. Masa dalam pantang hari tu pon mak ada buat air halia. Kiranya halia kosong tak ada teh. Boleh jaaaa telan. Aku ni kekadang makanan atau minuman yang aku rasa macam cannot go nak telan, tapi aku okay ja try. Takyah nak melayan sangat mengada pahit ke apa ke kan! Ubat kot, cewahhhhhhhhhh! Choihhhh sangat haha. Sedangkan ikan haruan yang aku tak pernah sentuh langsung sepanjang hidup sebelum bersalin pon slumber ja aku boleh telan makan. Even kalau ikotkan ikan haruan tuh spesies bentuk macam ikan keli jugak, aku mana makan ikan keli.  Tapi dah kata tu ubat, belasah masuk perut macam tuh la jugak. Kalau orang risau waktu berpantang makan tak sedap, tu tipu kot. Bagi aku makan waktu berpantang haritu maveles jaa! Ehhh melalut pulokkk! Hikhik. 


Untuk mudah dan senang kan, baik beli tea ni ja. Sebab aku simpan tea ni dekat office. Senang sikit.  Just rendam a few minutes lepas tu dah boleh minum okay. Dalam 1 kotak ada 20 teabag. Boleh repeat guna 2 kali, tapi aku selalunya sekali guna ja hehe. Aku usually buat dan minum lepas lunch break. Masa lunch kan dah take heavy food, so untuk menghilangkan rasa bersalah pada perut, aku buat la tea ni. Aku tambah satu sudu kecik gula, sebab tak ada madu la pulak kan dekat office. Memang takkkk la nak bawa, cari penuh semut kang meja aku. Tapi gula tu pon kadang-kadang tak full satu sudu kecik tuh pon sebab aku just letak nak bagi ada rasa manis sikitttt ja dari plain terus rasa tea tu sahaja. Hihi. 


Kesan dia memang best. Senang nak mengeluarkan angin dalam badan. Jadi cepat sendawa. Hihih. Serious weh, rasa selesa ja lepas tuh. Dan ada certain time, memang akan buat senang lawas. Sekejap jaa dah rasa nak masuk toilet. Kihkihkih! Tea ni jugak bagus kalau nak diet. Sebab senang lawas, dah keluarkan apa yang tak patut haha. So far aku tak terfikir lagi nak diet, hahah. Sebab aku kena makan makanan yang baik dan berkhasiat jugak sebab breastfeeding. Gitttewww pemakanan sihat sangat ayat kannn? Aku just control portion makan ja. Tapi ni pon taktau laa berat aku dah berapa. Lama dah tak timbang, last timbang haritu memang berat turun banyak dari before pregnant. Tuh pon dah buat aku happy gila hikhikhok! Katanya kalau pakai braces boleh kurus kan, tapi aku telan makan macam tuh ja pon haha! 


Aku beli Lemon & Ginger Tea ni dari kawan aku, blogger femes amos jugak ni you olls! Hehe. 
Boleh cekidaut blog dia - http://www.sweetlikekisses.com/


Boleh jugak browse FB Piah : Safiyyah Osman 

Or IG shop Piah : 



Macam-macam Piah ni jual. Tea ni macam-macam jenis tea hado, hang pilih ja nak minum tea mana. Nak benefit dari tea yang mana satu. Selain tea, Piah ada jual kuah kacang instant. Seriousssss ahh sedap! Mak aku sendiri yang lidah dah berpengalaman tuh pon cakap kuah kacang tu sedap even instant. Aku dah beli try haritu makan dengan cucur udang. Superb. Boleh la try weh, memang tak rugi! Boleh tengok dekat FB or  IG Piah okay kalau nak beli. Hee. 


Boleh la kalau nak try minum tea ni. Bagi aku sangat sesuai dengan tekak dan badan aku. Alhamdulillah :) 



Okay, bye! 

1 comment:

safiyyah osman said...

Terima kasih banyak2 wanie..aku jual.