Monday, August 3

REVIEW : NOVA HIGHLANDS RESORT & RESIDENCE, CAMERON HIGHLANDS

Hello! Last week masa malam Isnin kot, tiba-tiba Apit bagitau dia nak cuti weekend tu. Apit memang jarangggg cuti. Cuti tetap yang dia ada cuma hari raya sahaja. Both raya, raya aidilfitri and raya haji. Biasa la berniaga. Even orang cakap berniaga senang nak atur cuti, tapi sebab dia supply untuk orang. Memang susah nak cuti. So, bila dah bagitau nak bercuti terus dia ajak naik Cameron Highlands. Haha tempat favourite ke apa tak tau la! Hihi. First time nak bawak Adriana nih! Memang nervous! Dan as usual mommy dia excited lebih jugak. Apit bagitau ja nak naik CH, terus aku cakap Adriana mana ada sweater. Apit cakap dah tak ada, beli laa! Esok tuh masuk ja office terus aku cari dekat website yang aku dah boomarks! Aah, bookmarks pc aku ni memang semua website shopping ja! Kahkahkah! Dah jumpa terus aku send gambar dekat Apit bagitau dah jumpa! Dia cakap, lajunya! Well, aku bab-bab macam tu memang laju! Huahuahua! 



Entry ni aku review pasal hotel dan tempat makan steamboat dekat Cameron Highlands dulu. Next entry InsyaAllah baru nak post pasal bercuti ni. Sebab gambar-gambar lain banyak dalam iphone Apit, so aku tak send to email lagi.  Actually gambar-gambar Adriana dari dia lahir sampai la sekarang, every time aku snap whether pakai handphone aku or Apit, mesti aku akan send dekat email yang aku create khas untuk Adriana. Email tuh pon nama dia. Hehe. Aku guna tips yang aku pernah baca. Aku takmau nanti, bila handphone aku or Apit ada masalah, gambar-gambar Adriana terus hilang macam tuh sahaja! Sayangggg woo, every moments tuh sangat bermakna! :)


Hotel : Nova Highlands Resort & Residence Cameron Highlands 


Nova hotel ni hotel baru. Baru pon tak baru la sangat. Rasanya dah bukak tahun lepas. Sebab masa aku pergi tahun lepas memang dah ada cuma aku tak sure masa tuh dah open for reservation ke belum. Yang aku perasan masa pergi dulu, nampak la Old Town dekat bawah tuh. Nova hotel ni terletak dekat Brinchang. Akan jumpa hotel ni dulu before jumpa Copthorne Hotel dan Kea Farm. Tapi memang dah tak jauh mana, berjalan pon boleh.  Direction ni kalau naik dari Simpang Pulai laa. Aku google dulu pasal hotel yang nak stay kali ni. If dulu pergi, kami stay dekat Hotel Casa De La Rosa dekat Tanah Rata. Hotel ni pon best jugak. Masa google tuh nampak Nova hotel ni and terfikir, ohh hotel ni rupanya yang ada Old Town tuh. Hehe. Memang nampak cantik sebab baru lagi kot kan. So, aku tanya Apit nak dak stay situ. Bagitau price untuk 1 malam. Then dia okay ja! Bab nak pilih bilik pulak. Mula-mula ingat nak amik bilik queen. Tapi rasa seriau pulak sebab katil dekat hotel mana nak sama macam deka rumah. Dekat rumah katil tuh terus rapat ke dinding, so Adriana memang aku bagi tidur dekat tepi. Katil hotel mesti la jenis letak dekat tengah-tengah bilik, yang kiri kanan open. Hihi. Then aku decided nak ambik twin single room. Apit pon okay. Aku tidur dengan Adriana, and lagi satu katil, Apit tidur. 


Price untuk twin single room yang aku booking dekat agoda.com  untuk 1 malam = RM 340 (include tax and breakfast for 2). Sama harga if book dekat booking.com or expedia. Also, same price if walk in. Aku dah call tanya if walk in harga berapa. And receptionist tuh bagitau harga yang sama macam aku tengok dalam agoda.com. Dah alang-alang sama, aku terus booked jela, secure sikit dari walk in. If nak walk in tetiba full house, acaner? Tapi aku pon fikir macam mustahil nak full house, sebab bukan peak season. Cuti weekend biasa ja and banyak bilik kot hotel ni hehe. Konsep hotel ni, atas hotel dan bawah dia shopping mall, Cameron Square. Tapi tak banyak pon kedai yang dah bukak. Ada Old Town and Teh Tarik Place la kalau tempat nak makan and lepak. 



Kami dapat bilik level 5. Memang bilik ni mengadap nampak terus Copthorne Hotel. Sejuk baiii dah level 5. Haha! Bangun pagi nampak kabus ja. Tengok kabus pon aku dah rasa sejuk gila. Cehhh! Haha. Ini view bilik ni, aku snap dari angle from balkoni. Luas okay, panjang! Masa masuk tuh, Apit cakap - selamat berbaloi dengan harga. Haha. Tu sebab nak tidur semalam ja okay, yang boleh try nak stay dekat hotel ni.
Kalau nak tidur lebih dari semalam memang tak ambik la wehhh. Fulusss weh fulusss! Gilerr, ingat kayo!? Haha.



Siap ada ruang macam ni lagi untuk lepak tengok tv. Or chill makan strawberry dengan teh o panas, wahh gitteww! Hehek. Best jugak weh! Memang berbaloi la pon dengan harga. Sebab ni hotel baru, so semuanya memang keadaan baik dan okay sangat la. 



And dekat sebelah bilik yang ada katil, ada pantry kecik ni, and sebelah kanan ni toilet. Bagus la ada pantry ni, untuk kesenangan orang macam aku yang ada baby. Dan jugak senang if datang dengan family. Sejuk sejuk kan lapar, so tapau apa-apa makanan boleh makan dalam bilik, kan? Hehe! Dah siap ada microwave pulak! Boleh la heat if beli sardine puff ke apa kan, gittewww! Takpon masak maggi dalam tuh and makan panas-panas time sejuk. Huahuahua k! 



Bagi aku, memang puas hati. Puas hati sebab berbaloi dengan harga yang di bayar. Tak da la bayar lebih tapi keadaan bilik tak best kan. Yang spoiled dan tak bestnya receptionist dia!! Tak friendly dan tak reti senyum! Hek eleh sangat! Amenda kerja as front desk tapi tak reti nak friendly dengan customer dan tak reti senyum. Blerghh sangat! Seriously kerek gila, menyampah pulak aku tengok. Maybe management hotel ni kena hantar training kot staff front desk dia tuh. Tapi aku rasa kalau dah kerja as front desk and customer service boleh pakai common sense kot, kena friendly and senyum. Bukan dia yang greet aku dulu masa nak check in, aku yang greet dia. Bolehhh dia tengok muka aku and tunduk bawah buat kerja masa aku mula-mula nak dekat sampai dekat reception desk tuh? Coihhh! 



Itu sahaja kot. Ingat boleh review tempat makan steamboat in one entry. Malas pulak dah aku nak type. Next entry jela. Hekss! 


Selain service dari front desk yang camharey, pasal bilik memang puas hati.
Recommended!  Hihi.


Okay bye! 

No comments: