Wednesday, September 2

FOR FARISYA, YAYYY!

Hello! :) 

Previous entry aku dah update pasal nak beli two things untuk anak manja kesayangan. Nak beli food processor and chair from Mamas & Papas. And yayyyy impian ku dah tercapai. Dah beli dah pon! Haha impian mommy dia bukan anak dia! Hihihi. 

Aku banyak survey sana sini la untuk food processor tu, aku memang nak beli Autumnz Food Processor sebab murah dan senang sebab 2-in-1 ada steam and blend! Yang aku survey tu harga. Plus ada kawan bagitau memang easy untuk guna. Thanks for your review Farhah :) And thanks dekat Intan sebab review dalam blog dia dalam ENTRY ini. Dah baca dari 2 review ni of course laaa lagi nak beli kan, hihihi. Dan aku jumpa yang paling murah offer was at 11street. Murah wayyy banyak dari website baby lain dan dari IG shop. Even include shipping cost. Aku dah ada experience 2 kali beli dekat 11street. Memang okay service dia. But aku rasa dekat situ depends on vendor la kan. Kalau vendor buat hal nasib laa. Dan aku takut yang tu laaa bila tengok murah sangat. Tapi tawakal dan tekad jaa beli hahah! 



Tadaaaa dah dapat. But it took 2-3 days jugak la nak received. Yang ni pakai courier Skynet. Dah pulak masa Skynet send tu tak ada sapa dekat rumah. So, aku pergi collect sendiri. Excited dah serupa tak menyempat nak buat bagi Adriana makan, haha. Sindrommakmak betoi! 

Aku beli Autumnz 2-in-1 Baby Food Processor (Steam&Blend) ni dekat 11street dengan harga RM 166.90 sahaja! Dan kalau you all yang jenis suka bukak website ni, price dia berubah-ubah. Nasib la kalau dapat barang yang nak tu masa tengah offer/sales gila-gila. Yang aku dapat ni memang paling murah antara semua yang ada dekat dalam tu. Vendor lain-lain laa. Dan sekarang aku tengok price dia dah berubah jadi RM 179.00 hahaha! Tapi bagi aku still murah la tu, sebab mostly jual RM 180 - RM 200. Actually price dia memang over RM200. 

Ringan dan comel sebab kecik. Dan aku rasa memang senang nak bawak travel! Best! 
Aku dah try guna untuk blend avocado dekat Adriana, smooth dan tak bising sangat. Aku blend avocado tu sebab nak lenyek aku tengok tekstur dia macam tak halus sangat pon, hihihi. Dan aku dah steam and blend carrot jugak untuk buat puri carrot dekat Adriana. Senangnyaaa sebab lepas steam terus boleh blend dah tak payah nak tukar bekas! Yayyyy to mommy yang tak suka renyah! Hihihi. But be careful masa nak basuh, aku dah kena blade dia dekat jari. Ciskek betoi, dah habis hati-hati pon kena jari lagi. It's okay, excited feeling beat all other feeling, gitttewww noks!! 

.....

Haritu taktau nak decide whether nak beli Mamas & Papas Baby Snug or Baby Bud kan? Tapi lepas aku fikir cost dan kemungkinan yang berapa lama sangat jaa Adriana nak duduk dalam tu, aku decide beli Baby Snug. Sebab murah lagi dari Baby Bud, hahaha kena la jugak fikir pengjimatan di situ. Sebab beza banyak juga antara dua jenis ni, hihi. 


Sama macam food processor, Mamas & Papas Baby Snug ni pon aku beli dekat 11street. Aku order sekaligus ja masa tu even dua-dua ni lain-lain supplier. Tapi masa transfer payment memang sekali gus ajo! Harga Baby Snug masa aku beli if tak silap RM 259.00 with play tray. Aku dah lupa tapi tak silap memang harga tu. Dan aku baru click balik dekat item tu tadi dah jadi RM 269.00 hehehek. Still murah if compare banyak yang aku jumpa dekat igshop. Dekat ig shop dalam RM300-RM330 untuk yang with play tray or without. Dalam range tu ja. But I believe mesti laa da sebab kenapa dalam 11street tu boleh dapat lagi murah compare to igshop kan. Maybe sebab yang jual dekat 11street tu memang jenis big supplier ke apa kot kan, entah lerr. Janji aku dapat beli harga murah sudehh! Hihihi. Bijak membeli, gittewww! Hahahahah :p 


Yang ni pon aku pergi collect sendiri dekat Skynet sebab aku yang request macam tu, sebab kalau depa nak p hantar rumah pon tak ada orang. Sebab weekend haritu mak ayah dengan adik-adik ke Pahang. Masa pergi ambik bawak mek kecik ni sekali, pergi berdua ja dengan dia. Masa nak angkat barang masuk kereta selamat staf situ tolong masukkan dalam kereta even mula-mula aku nak letak Adriana dulu baru nak ambik barang. Tapi staf tuh dah tolong, terima kasih yaa! Heee. 



Balik ja rumah terus aku excited unwrap kotak dan pasang play tray tuh, then bagi Adriana duduk. Tengok la kemain gigihh haa nak pegang sana sini, nak masuk mulut pon ya jugak, gigih betoi! Hihik. Sekarang ni kan dah mengesot sana sini, dan pandai angkat punggung, dah suka buat gaya macam nak pamping. So, nak buat kerja yang nak dia duduk statik sat yang tak payah tengok dia gerak ke mana, aku letak laa dia dalam chair ni hikhikhik. Don't worry seat dia yang merah tu memang soft, macam sponge, plus chair ni memang dah sesuai start dari 4months if compared to baby bud yang suits untuk 6 months and above.


Rasa macam mommy yang over happy kot. Dah dapat beli apa yang teringin nak beli dekat Adriana, boleh gituuu? Nexttttt, tak sabar nak bawak Adriana pergi Hippopo. Nak jugak bawak Adriana pergi situ even sekali. Nak tengok little miss mushroom mommy ni swimming. Hihi.


Btw, thanks to you husband. Belanja Adriana dua benda ni, hahaha. Mommy nak bayar, tapi daddy insist nak belanja jugak. Terima kasih hahahah! 



Itu sahaja review untuk 2 benda ini. Review ka macam ni? Pon bolehhh heks. Dan jugak experience beli dekat 11street. Memang murah, senang dan cepat! 




Bye! 

6 comments:

MAT NOR said...

Wife saya sebelum ni beli diaper Fitti online kat lazada. Sekarang ni beli kat 11street. Rajin sungguh dia shopping diaper walaupun kami belum ada anak lagi. Tolong belikan untuk anak buah dia. Baru2 ni beli 12 pek drypers kat 11stret, 9 pek drypers superhero M80 dan 3 pek drypers S88 pada harga RM20/pek masa offer 11.11 di 11street sebab guna kupon diskaun memang jimat. Wife lebih prefer beli online sebab lagi murah setelah compare harga dengan tesco online dan katalog econsave. Huggies Pants M60 dan Petpet M76 boleh dapat harga RM 20 - RM 25 setelah guna kupon diskaun. Kami lagi 6 bulan baru ada baby harap2 ada lagi offer di 11street untuk bakal baby kami.

Anonymous said...

hai nak tnye..autumnz food processor ni boleh blend beras jadik serbuk tak?

Nor Azyytie Ab Rahman said...

hai..nak tnye..autumnz ni boleh blend beras jadik serbuk tak?

wanie said...

Nor Azyytie Ab Rahman : Tak pernah try pulak guna autumnz ni, kalau nak blend beras or ikan bilis, saya guna blend kering biasa tu ja :)

Najwa Husni Abdul Razak said...

Wah. Baby Snug. Saya beli baby bud. Dah beli baru perasan baby snug nampak lagi ok dari baby bud. Menyesal sikit. Huhu

ili_blink said...

Nak tanya boleh blend meat (chicken/beef) tak dlm ni? halus tak?