Tuesday, September 22

IN THE PROCESS

Tadaaaaa new link! Decided to change my blog link, AGAINNNNN! 

Ingatkan yang before this boleh bertahan dan terus guna yang tuh sahaja, tapi rasa macam nak tukar pulak. So, yeah ia bertukar! Tapi sayang la jugak sebab banyak top keyword yang orang search masuk blog ni before ni. Yang top sampai dekat blog : 

(aku still pending nak update entry review, haha)



Saja aku letak link, so as if ada sesiapa yang nak baca boleh found ja through this keyword. Tak laa berinformasi sangat tapi boleh la nak baca, kihkihkofff perasannya! 

.
.
.
.
.



In the process. Ni semua hal rumah. MasyaAllah renyah dan complicated pulak aku rasa bab beli rumah ni. Hahaha. Yang jadi agak complicated sebab Apit bekerja sendiri. Dia tak ada EPF dan dia tak declare income tax. Kihkihkofff. Tapi before this laa. 


Untuk masuk loan beli rumah ni, kami saja try masuk nama Apit seorang ja. Tak combine loan, cuma dalam S&P Agreement kami dah decide nak letak dua nama. Ada certain bank yang boleh, ada yang tak aku rasa. Sebab bila masuk loan Public Bank, depa cakap kalau macam tu kena dua-dua masuk loan. Sama jugak macam Hong Leong Bank. Pening sikit sebab takdak ilmu bab beli rumah ni, hahaha! Ngek ahhh! 



Dah nama pon bekerja sendiri mana nak ada slip gaji. Hihi. Tapi jangan risau, bab slip gaji ni boleh buat. Senang ajo. Actually kami plan nak beli rumah dari awal tahun haritu lagi, Tapi sebab Apit ni masukkan duit every month untuk gaji tu tak fix date. Makanya kami kena adjust dan bagi cantik akaun dia selama 6 bulan okay. Sebab requirement nak apply loan kena ada bank statement 6 bulan. Apit ni memang bekerja sendiri, tapi still business yang dia run under company abah dia. Makanya dia di sini di kira makan gaji la jugak. So, di sebabkan tu kena bagi cantik bank statement tu. Duit kena masuk every month sama macam orang lain makan gaji. Maksudnya kalau bulan ni masuk 3hb, so next month and so on pon kena masuk 3hb. Haaaa gituu. Tunggu laa kami selama 6 bulan tu nak bagi elok bank statement dia. Itu laa tak beringat kan pasal ni, hahaha!



Bab tu dah settle bulan 8 haritu. Lepas dah bagi cantik yang tu nak p submit documents, kami start dengan submit dekat Hong Leong Bank dulu sebab kakak HLB ni, kakak aku yang rekemen. Sebab rumah dia dulu, kakak HLB ni yang tolong. Aku terus pergi submit documents dekat dia without p bincang dengan developer lagi, haha. Masa awal-awal dulu ja kami jumpa developer tu. Boleh ja kalau macam ni pon, kami p ja try submit documents sebab nak tengok boleh lepas ke tak kan. Lepastu masa dok bincang tu, kakak HLB ni tanya pasal rebate or any specialty yang developer ni bagi tak. Aku cakap tak sure, tapi lepas tu aku call la developer ni. Memang depa takda offer apa-apa specialty. 10% deposit bila loan dah approved and bayar lawyer fee semua pon customer bear. Then kakak HLB ni ada suggest lagi satu project yang akan siap next year jugak. Ohh yang 1st developer tadi pon rumah in progress, next year 2016 baru siap. Kakak tu cakap yang 2nd developer ni memang ada bagi special rebate, sebab kebetulan masa tu kan August, so ada special for Merdeka la konon. Kakak HLB ni cakap kalau yang 1st developer tadi banyak jugak la duit kami kena sediakan sebab tak ada specialty apa even rumah dia memang lagi murah dari 2nd developer. Cumanya dah 2nd ni offer rebate, so harga nak jadi lebih kurang sama la jugak.  And kawasan perumahan tu pon tak jauh mana la. Sebab nak beli rumah memang aku consider distance sikit, sebab fikirkan Apit yang everyday akan keluar rumah pukul 4 pagi.



Lepas dah fikir-fikir masa tu, terus decide nak pilih rumah yang 2nd developer ja. Submit la documents tu dekat kakak HLB, and after jumpa dia terus pergi office 2nd developer tu. Nak tengok replika rumah tu and nak tau further details pasal deposit, rebate and loan. Pantas sangat kan, hehe. Then kami terus reserve satu lot rumah, kira pilih la nak rumah nombor mana. Kami just submit documents dekat HLB ja, untuk apply loan bank lain developer tu yang tolong. Yang diorang tolong apply loan dekat Public Bank and HSBC. Lepas a few days, HSBC call Apit nak panggil interview. Ada interview rupanya. Kebetulan haritu, aku half day. So aku pon follow jugak la. Tak ada apa pon interview tu, just tanya hal biasa pasal kerja, gaji and tanggungan every month ja. Dekat situ pon kakak HSBC ni ada bagitau maybe akan stuck sikit sebab Apit takda EPF and tak declare income tax. Haha. EPF tu actually nak buat boleh, tapi kang nanti kami kena tunggu lagi 3 bulan pulak. Sebab EPF statement bank nak untuk 3 bulan. Susah jugak wehhh!



Tahu tak kami decide nak pilih rumah tu without p tengok rumah contoh, just tengok replika rumah yang dalam balang kaca tu ja, balang kaca? Haha pon bolehhhh! Padahal 2nd developer ni memang ada rumah contoh, yang 1st developer tu ja memang tak ada rumah contoh. Just ada rumah replika tu ja. Betul ke ehh panggil replika? Hentam sajo, hiks! Then lepas tu macam tergerak hati nak tengok rumah contoh, kami memang pilih rumah teres setingkat ja. Okay laa kan untuk permulaan, mana tau masa depan ada rezeki lebih lagi boleh laa beli rumah lain yang besar lagi. Haha. Janji boleh beli rumah dulu. Bila kami p tengok rumah contoh tu dah macam errr krikk krikk. Sebab macam kecik. Memang la depa dah mention pasal luas berapa kan, manaaaa la nak tau bajet macam mana, hikhokkk! Lepas dah tengok rumah contoh, kami dah macam berbelah bagi pulak nak proceed ka tak, hahaha bongok nihhh! Padan muka sapa suruh tak tengok awal-awal!



Lepas fikir-fikir, kami rasa macam nak cancel. Apit pon inform la kakak developer tu. Then dia pon advise la sayang jugak sebab dah apply loan kan, nak tunggu approve ke tak ja. Tapi macam mana pon, still bank nak jugak declaration income tax or EPF statement from Apit. Sebab bank memang tak percaya la setakat state amount gaji dalam pay slip tu saja. Sebab kalau macam tu berapa pon kita boleh letak kan? Haha. Hal pay slip tu, isteri dia yang bijaksana ni la buat. Aku buat dalam excel, then print suruh abah cop and sign. As simple as that. Yang pentingnya tu signature and cop company. Then lepas a few days kami inform developer kami nak cancel. Kakak HSBC tu bagitau yang kalau boleh kena proceed jugak, sebab nanti kalau terus cancel macam tu takot nama Apit akan di black list dalam tempoh 6 bulan tak boleh apply any loan. Maybe sebab macam main-main la kot. Entah aku pon tak pasti. Sebab kakak HSBC bagitau, loan Apit dekat situ dah status pending approval. Just kena ada declaration income tax ja.



Bab income tax la pulak. Sebab kami dok fikir, kalau baru pergi declare. Kang takut kena denda pulak kan sebab sebelum-sebelum ni tak pernah declare. Rupanya kerja dia mudah jaaaaa nyah oii! Adoi laa. Aku ikut Apit pergi LHDN nak isi form untuk daftar fail cukai. Tapi sebab Apit tak ada penyata tahunan, kakak LHDN tu advise suruh buat satu statement yang declare income tahunan berapa. Again, mesti la isteri dia yang bijaksana yang karang surat tu. Coihhh! Then next day baru pergi pulak submit. Husband iolls manja, mesti nak iolls ikot sama. Dia takmau pergi sorang sorang, hehhh! Dah submit borang tu, then kena tunggu sekejap and depa akan bagi satu surat yang dekat situ ada nombor cukai. Masa kakak HSBC tu suruh pergi LHDN  dia dah inform yang bank nak declaration 13 pages. Aku pon macam pelik la kenapa surat yang dapat tu sehelai ja kan and just inform no cukai. Blur and bengong us! Hahaha. Bila aku tanya kakak LHDN dia cakap just bagi yang tu jela dekat bank. Lepas dah dapat aku snap photo surat tu and send dekat kakak HSBC, dia reply lambat. Elok kami dah blah dari LHDN baru dia reply and dia cakap bukan yang tu. Arghhh menangis ahhhh!



Esok tu bila aku call LHDN tanya macam mana lagi nak proceed sebab yang bank nak declaration whether kena income tax or tak. Dia bagitau kalau yang tu kena isi e-filling and nak isi e-filling kena ada no pin yang boleh dapat dekat kaunter LHDN sahaja. Againnn, menangis laaaaa! Aku suruh Apit pergi amik no pin tu, lepas dah dapat aku masuk website LHDN and isi e-filling. Ya Allah, rasa lega lepas dah isi e-filling. Hahaha and yes memang Apit kena bayar income tax, kahkahkah. Tapi tak la banyak sangat. Sebab yang aku declare tu tahun 2014 ja. Kalau tau semudah tu jaa, dari awal lagi dah buat tak payah tangguh. Itu la kan punya risau takut kena bayar banyak. Screw you income tax! Hahahah!



Tapi, declaration tu sebenarnya 3 pages ja. Masa tu aku punya laa pening macam mana nak dapat 13 pages ni. Aku call LHDN tanya, dia cakap memang yang tu jela yang akan dapat pon. Just bagi yang tu ja dekat bank. And aku snap photo form tu and send dekat kakak HSBC, dia cakap OKAY, BAK MAI SINI! Hahaha, lega baq hang! Ingat settle dah la kan. Kami pon p la submit and memang kami tegaskan yang kami takmau rumah tuh. DIa cakap takpa jangan risau. Just proceed dulu, sebab boleh tukar property. Boleh cari property yang dalam harga yang sama rumah kami nak beli awal tu jugak. Sebab amount loan yang bakal di approve tu dah ada. So, sekarang kami tengah pening cari rumah yang dalam amount tu la pulak. Sebab kakak HSBC cakap kalau dapat lebih kurang harga macam tu dah senang kerja, sebab sekarang pending approval. Kalau kami nak beli rumah harga lebih sikit dari tu nanti dah kena adjust sana sini pulak. Sekarang kami tak kisah dah dapat rumah baru or second hand. Janji kalau boleh loan approve terus boleh duduk. Haha. Takmau rumah yang kena tunggu siap.



And latest, aku tanya kakak HSBC apa update loan tu. Dia cakap bank mintak penyata akaun dari LHDN pulakkkkk! Harey betoi. Aku call tanya LHDN kalau nak penyata akaun macam mana, dia pulak tanya aku nak penyata akaun apa. Yang mana satu? Dah sudahhh, aku tanya depa, depa tanya aku. So, aku tanya kakak HSBC. Dia cakap nanti dia inform yang mana satu, sebab HQ depa yang process loan tu yang nak. Hmmm baiklaaaa. Semoga di permudahkan untuk kami. Harap sangat jugak cepat-cepat jumpa rumah yang within that price and elok keadaannya! Huhu.



Panjangnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Okay bye!




Tak sabar nak hidup bertiga dengan dak mok mok dua orang nih! Hihii :) 

No comments: