Friday, October 9

8 OCTOBER : TWENTY SIX

26 tahun? Whoaaa! 
Kihkihkoff, tak payah nak terkejut sangat! 
Tapi betul terkejut jugak dah 26 tahun rupanya ehhh? 



Alhamdulillah masih di berikan nafas untuk terus hidup. 
26 tahun, dah ada kerjaya yang okay walaupun kadang-kadang fed up, haha tapi okay la at least got a job, dah berkahwin, ada suami, ada seorang puteri! Syukurrrr! 
Paling penting ada suami dan keluarga yang banyak support dan paling memahami. 
At least they know me well and know what I like and dislike. Can respect my decision and can respect my own pendirian in many ways! 





With my little mushroom, throwback in Cameron Highlands! 
We share the same date of birthday but different in month. 
Happy birthday to us, Adriana. Hahaha! She is 7 months now! How time flies :) 






From my husband, or my forever boyfriend, usually I only got a present or he will treat me with a good food. Just cakap nak makan dekat mana, and dia akan bawa. He never ever do a surprise for me. And I know him well (I thought) that he's not that type of person yang pandai or suka buat surprise. Haha! And aku pon macam tuh hehe. Until yesterday... 


Balik dari kerja, macam biasa aku akan ambik Adriana dekat rumah Alang then terus balik rumah. Kebetulan masa keluar dari office hujan rintik, and Apit pulak ada dekat luar sebab before tu dia pergi bank untuk sign agreement untuk house loan (Alhamdulillah, tapi rumah tak jumpa lagi hikhikhok). Aku call Apit suruh balik and tunggu aku dengan Adriana sampai, sebab if hujan susah jugak aku nak bawak keluar Adriana dari kereta and masuk rumah. Alasan, haha! 


So, sampai rumah Apit dah tunggu dekat luar. Tapi tak hujan pon sebenarnya. Then Apit ajak bawak Adriana jalan-jalan p taman dekat dengan rumah tu. Selalunya dia akan bawak Adriana seorang ja, tapi kalini dia ajak aku jalan-jalan sama. Ohh serious aku tak terfikir apa pon, rasa macam biasa jela kan, nak bawak Adriana jalan-jalan. Haha. Then dah nak dekat maghrib, aku ajak balik. Tapi sampai depan rumah, lepak dekat depan rumah. Apit ajak lepak situ dulu, jangan masuk lagi. Ponnn aku tak perasan apa-apa, kahkahkah. Dah memang dia tak pernah buat surprise, nak expect apa pulak kan? Hikhok. Dah memang nak maghrib sangat dah masa tu, aku cakap nak bawak Adriana masuk rumah. Sebab dah nak gelap, nyamuk banyak kang. 


Masa dok nursing Adriana dalam bilik, biasalah bila balik kerja. Adriana mesti cari kedai susu dia dulu, hahaha! Tetiba Apit masuk bilik bagitau ada kawan aku mai rumah. Kawan? Seriously kawan aku tak pernah p rumah PIL aku okay if saja-saja macam tu unless if PIL aku buat kenduri and aku invite. Hahahahahahahaha! Aku tanya sapa, yela kan pelik la aku mai rumah waktu maghrib. Dia cakap taktau, aku ah gelak dah masa tu. Pelik weh. Mana ada kawan aku yang dia tak kenal! 


So, aku pon turun la bawah and keluar. Hahahaha sumpah aku dok ingat balik ni aku rasa lawak. Tetiba aku nampak Aida masuk bawak cake BR and bunga, and kakak Aida bawah balloon. Kot if tak silap, ke macam mana entah. Haha. Aku memang kerja gelak ja dekat Apit masa tu. Unexpected. Tak sangka. Speechless. Terharu. Semua ada! Serious ahh tak sangka husband aku nak plan macam ni kennn? Pandai pulak dia contact dengan depa! Hahah. 


Tapi kami memang kenal pon dengan geng @surpriseplannersp ni! Aku kenal Aida, Apit memang kenal dengan Kidet. Dua-dua founder @surpriseplannersp ni! Maybe suppose depa surprise aku waktu aku balik kerja tu la kot, sebab tu Apit ajak lepak dekat luar rumah kahkahkahkah. Rupanya depa terlambat sikit. Dah tuh waktu maghrib pulak kan, hahah. Tapi still laaaaa aku surprise kott. Gilaaaa husband aku dah pandai bab-bab ni. Hahaha! Aku pon tak sure bila dia plan and contact depa! Sebab aku ni memang jenis check ja hp husband aku ni, haha. Bukan bab tak percaya. Tapi kadang-kadang aku bukak ja dekat whats app/message tu tengok. Saja sesuka! Conversation tu jarang la baca especially group dia. Sebab aku tau spesies merapu! Huahuahua! Message pulak banyak order customers. Tapi serious ahh tak nampak pulak kan, pandai delete ehh? Coihhh! 






Aku memang berdiri tak diam pon masa kakak Aida snap gambar ni. Sebab aku memang gelak non stop. Hahahah! Terharu laa Ted! :) 







Cake BR, bouquet of roses and balloon!
Thanks for your service @surpriseplannersp.
Most thank you to my sweet honey husband for this plan and surprise. Hihi.
Sesejak jadi daddy ni dah pandai pulak plan surprise ehhh? 



Happy 26thy Birthday, to me!
(Boleh wish untuk diri sendiri?kihkihkih)



Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga Allah terus berikan aku kebahagiaan bersama keluarga! Semoga Allah buka rezeki baru untuk aku dapat kerja baru (harap sangat-sangat!)
Ehhhh banyak lagi la yang aku harapkan. Banyakkkk sangat! 
InsyaAllah semoga tercapai, ameen! 


On the way to complete one of my impian, nak ada rumah sendiri before 30! Semoga Allah mempermudahkannya untuk kami, InsyaAllah! 


Thanks untuk semua yang wish dan mendoakan untuk aku, semoga Allah membalas kebaikan itu :) 





Okay, bye! 



No comments: