Monday, November 23

FAMILY DATE

Hello! :) 


Kiranya sekarang update pasal weekend aje la kan? Haha. Padahal biasa-biasa ja pon. Janji spent time dengan family! :) 


Plus, share dekat sini sebab nak share photos jugak. Even memang sejak Adriana lahir, aku create email special untuk dia. Memang atas nama dia. Tapi masalahnya sampai aku type ni baru aku teringat yang aku lupa lagi nak share password dia dengan Apit. Mana la tau kan in case sebelum Adriana membesar aku dah pergi dulu :) 


Aku selalu terfikir, kalau laa aku pergi dulu sebelum Adriana besar. Besar maksudnya boleh bercakap atau boleh faham certain things, arghhh sebak kalau fikir bab macam ni. Memang boleh meleleh air mata kalau fikir bab tu! Dan selalu aku pesan macam-macam dekat dia bila aku terfikir hal ni. Even memang dia tak faham, at least dia dengar pesanan aku :)  Ehh bab touching pulekk! Hikss! 


Hari Sabtu haritu aku try resepi baru untuk Adriana. First try bagi dia makan organic oat. Aku beli organic oat dekat Tesco. Then aku follow tips macam dekat group solid food dok share tu. Aku rendam semalaman oat tu dengan perahan lemon. Sebelum tidur aku rendam. Macam biasa, if weekend memang aku tak buat awal macam selalu aku buat hari kerja. Masa beli oat aku beli jugak blueberries & avocado untuk bagi dia makan. Bila nak buat oat tu, aku bilas dengan air biasa and aku masak sekejap macam masak moi nasi. Rendam dalam air and biar masak atas api. Tapi tak lama la, sebab dah rendam so oat tu memang dah kembang lembut dah pon. Nak dekat hujung aku masukkan blueberries dalam 8-10 biji. Biar sekejap then tutup api. Tunggu sampai sejuk sikit baru blend. Aku try jugak makan, sedap! Hihi. And masa bagi Adriana makan pon kemain suka, tak menyempat aku nak suap dah nganga mulut. Paling happy kalau dia suka makan apa aku buat! Even first try, hehe!  Okay tu cerita bab makan Adriana. 


Kebetulan hari Sabtu tu, Apit balik kerja awal. Rasanya belum pukul 12 dia dah balik. Katanya haritu ada kenduri customer dia. Ajak la p kenduri tu. Entah macam mana tetiba tak jadi pulek! Malas katanya, sebab tak tau rumah. Ceh alasan! Haha. Kami ni memang liat sikit bab nak p kenduri, kihkihkih. Kenduri kawan-kawan dengan saudara terdekat jaa gagah nak p pon! Heks :p 





Mek ni baru bangun tidoq. Lega kalau dia tidoq time aku tengah bersiap. Memang kena pandai-pandai bersiap bagi cepat laa sementara dia tidoq. Tapi aku pon bukan jenis bersiap lama, main bedal sarung jaa! Adriana memang akan tidur lepas mandi pagi. Confirm punya. Lepas mandi bagi susu mesti tidoq. Sebab badan tengah sejuk, segar kan. Syoq la sambung tidoq! Ini muka baru bangun, masam jaa muka! Haha, baru bangun tidoq dah ajak selfie :) 





Cinta hati. Adriana ni memang manja. Manja dengan aku, tapi bab nak gedik renyih memang dengan daddy dia laa. Daddy dia tengok dia sambil buat muka pon, renyihhhhhh tak kira dah! Kalau aku jenuh acah la, haha! Dah nak masuk 9 bulan next month. Macam cliche, tapi betul wehhh. Cepatnya rasa! Huahuahua!  


Sebab tak jadi p kenduri, makanya kami keluar makan Ayam Penyet dekat Amanjaya Mall. Sejak-sejak ada ayam penyet dekat situ, nak makan ja p situ. Kahhh! Tapi tak laaa sedap mana. Sedap lagi aku rasa makan dekat Waroeng Penyet ke apa entah nama dia dekat The Curve tu. Pernah p makan situ dulu. Dah laa dekat sini ikan bawal dia keras. Macam terlebih goreng ke cemana entah. Ke memang nak style tu taktau laa. Ada sekali tu jela aku order, lepas tu nak makan, aku order ayam penyet. Kalau nak makan ikan bawal panas-panas yang power terangkat memang p Bawal Hashim dekat Padang Temusu tu. Selalu kalau nak makan p situ la. Tapi nak lagi powerrrr, beli ikan bawal, goreng sendiri dekat rumah kahkahkahkah! Ikan bawal memang feveret aku. Kalau seekor untuk aku sorang pon memang bolehhhh. Even kalau size besar pon aku mampuuuu! Ada sambal belacan or cili padi kicap pon dah cukuppppp! Tak payah kuah kuah bagai dah! Hekhekhek! 


.
.
.


Hari Ahad, hari Apit cuti. Depends jugak, ada yang dia tak cuti. Tapi business still la run macam biasa, mil aku take over. Sebab business macam tu mana la boleh off day terus. Unless raya jela. So, hari Ahad hari ada chance breakfast together. Pagi keluar breakfast dekat Taman Ria. Lepastu balik bagi Adriana makan. Aku buat puree avocado + kurma. Aku sendiri pon tak makan avocado. Hihi. Tapi avocado ni bagus bagi baby makan. Memang ada yang suggest if nak try bagi solid food, bagi puree avocado as a starter. Kan? Tapi aku buat dekat Adriana ni, aku try jugak makan sikit. Boleh laaa, sebab aku mix dengan kurma kan. Sedap jugak la. Manis lemak gittuuu! Tapi avocado ni memang dah pernah bagi, cuma dulu aku bagi plain ja tak mix dengan kurma. Ini ponnn Adriana suka. Kiranya dia nak makan laa, tak menolak. Suka hati mak nakkkk! Hikhik :) 


Memang plan nak p Penang haritu. Rasa macam dah lama pulak tak p belah island. Tetiba sil aku bagitau bridge tutup sebab ada marathon kot. Tapi nak p tu boleh jaaa, naik la feri kan. Hiks. Tapi rasa nak p Aman Central pulak since tak p melawat kawasan lagi kan, hehe. So, first time laa jejak kaki dekat situ. Whoaaa not bad ehhh ada mall macam ni dekat Alor Setar. Kihkihkofff! But still la, dari p sana baik p Penang rasanya. Lagi dekat. Tapi main dengan driving style laki aku ni, p mana pon sama jaaa duration dia. Lebih kurang jaa, coihhh!





Tapi mood mek ni pulak kureng baikkk sikit. Dari dalam kereta aku try nak bagi dia tidoq tapi dia takmau. Even bagi minum susu memang dah lali dah mata tu. Tuptup dia nak bangun main lagi. Sama laa jugak masa dekat Aman Central tu. Masuk baby room, nak bagi susu and ingat nak bagi dia lena laa. Takmau jugak. Dah tu dia tahan mata, memang nak bebai jela. Baby room dekat Aman Central ni best. Maybe sebab baru sama kot kan, bagi mak-mak macam aku ni, bilik khas macam ni memang di cari dan amik berat la jugak! Baby room ke orang panggil, ke nursing room? Kahhhh, whateverrr! Hik! 





Ni mood tak elok la ni, dok merengek bebai dah! Dia kalau geram, kalau bebai memang suka 'kiss' muka. Nampak laa macam dia sayang pipi kita, padahal seduttttt! Hahaha. Nganga haa mulut tu sedut pipi. Amboiiiii dia! Tengok laaaa, punya geram, bebai sebab mengantok. Dok kiss pipi sambil tarik tudung aku. Kannnn dah terpeleot. Tapi itu biasaaaaa. Haha. Tu tak kira bab dia tinggal stain air liur dia ke apa dekat tudung. Memang jadi ada corak laa. Takpa tak kisah. Janji bahagia. Gittuuuu hahaha!



Itu handbag feveret. Beli dari poplook. The Soho. Tak silap yang ni 2nd edition punya kot. Best sebab space dia. Poplook memang feveret website since study zaman diploma dulu lagi. Mostly blouse aku pakai memang beli dari poplook, especially yang plain. Sebab selesa and size dia jarang mengecewakan aku, gittuuhhhh! The Soho ni ada lagi satu color yang aku beli, tapi entah pasepa aku syoq pulak dok pakai color ni sajo! Hikhik. The Soho Mini jaaa aku tak sempat nak beli, sebab asyik dok fikir sejuta kali. Last-last sold out. Price berbaloi dengan condition bag yang kita dapat! Hehe. Pakai bag ni lagi best dari Coach, hikhokkk. Ada satu handbag Coach aku dah jual, tinggal lagi satu. Ada sesapa nak? Kahhhh! 



Lepas shopping sikit. Terus keluar. Plan nak makan nasik royale. Tapi masa tu memang awal lagi. P jugak la tengok, memang tak bukak lagi. Then, Apit ajak p Kacha Cafe. Ikotkan Kacha ni pon tak bukak lagi. Sebab bukak pukul 6. Tapi Apit kenal dengan geng-geng Kacha ni, kengkawan skate dia jugak. Owner Kacha memang budak skate jugak. So, dia boleh laa lepak dulu sementara nak bukak. Aku on ja, mana-mana pon bolehhh! Masa masuk kereta keluar dari Aman Central, Adriana dah lena. Memang mengantok lerr kawan, bagi minum susu terus lena. Saja diaa nak tahan mata, nak jalan-jalan takmau tidoq. Haha. Lama jugak laa dia tidoq. Kami dah nak duduk makan baru dia terjaga. Hikhik! 






Kacha Cafe by AkybAfandi :) 


One shoot family photo. Adriana macam biasa, expression memang surprise sokmo! :p 

.
.
.
.
.

Last but not least







I know you love me, Nur Adriana Farisya :) 







Okayyyyy!

Daddy pon nak jugekkk! *whatever face* 







Okay bye! :D 

No comments: