Wednesday, November 11

REVIEW : NURUL IKAN BAKAR SPECIAL, SUNGAI PETANI

Assalammualaikum ! 


Lama ehh tak update? Mai dah la tu aura malas nak blogging, kihkihkoff! 


Just a simple and quick review and update! :) 


Semalam cuti Deepavali. So this weekend semua family complete. Syahmi balik untuk cuti mid semester. And kakak balik untuk public holidays. So, since semua ada. Aku suggest keluar makan together. An early dinner. Nak makan ikan bakar. Usually kalau nak makan ikan bakar ni macam common makan dekat Tanjung Dawai la. Tapi sebab nak pergi pon jauh sikit, plus malam kakak dah nak gerak balik Shah Alam naik train. So, fikir tempat yang dekat-dekat ja. And terfikir pasal Nurul Ikan Bakar Special. Aku dok baca review and comment orang pasal restoran ni dari bulan puasa haritu lagi. Ada yang bagi good review, ada jugak yang kurang enak. Pendapat masing-masing laa. And kadang-kadang pada aku, nasib masing-masing jugak nak dapat service macam mana haritu, tak kisah laa dekat mana-mana pon, kennn? Hiks. 



So, mak ayah pon on ja. Aku message orang restoran tu sebab nak book tempat. Even memang nak plan p awai, tapi risau jugak kot-kot ramai orang kan sebab hari cuti. Aku booking pukul 6 petang and aku order siap-siap. Kiranya sampai boleh terus makan tak payah tunggu-tunggu dah ler. Based on aku search pasal restoran Nurul Ikan Bakar Special ni, asalnya restoran ni dekat Batu Uban, Penang. Kiranya yang dekat Sungai Petani ni cawangan la. Or lebih spesifik location dia dekat Sungai Jagung. Ala, jalan belakang ala highway Sungai Layar tu. If dari Bandar Laguna Merbok, sebelah kiri, and if dari Taman Sejati Indah sebelah kanan. Ada tempat boleh u-turn dekat situ. And lebih senang lagi, NIB sebelah Osama Bundle. Ehh ya ehh bundle, perabot bundle kot tak silap. Hihik. 



Aku order siap-siap makan tu sebab aku bukak FB depa, ada menu untuk 6 orang. Kira package untuk 6 orang. So, dah ada. Order terus la. 



SET RM 150 Untuk 6 Orang 

- Siakap Bakar
- Siakap 3 rasa
- Tomyam Campur 
- Kepah Masak Pedas
- Sayur Kailan 
- Telur Dadar
- Sotong Goreng Tepung
- Nasi Putih 

Air buah 2 jag - Tembikai & Fresh Orange 




Aku taktau la kalau set macam ni bagi orang lain dengan harga RM 150 tu mahal ke tak. Tapi bagi aku okay ja. Sebab bukan setiap hari pon kita nak makan ikan bakar or makan macam ni ye tak? Berbelanja sikit kadang-kadang tu tak salah pon. Plus with all family complete. Apa la sangat. Janji dapat kumpul ramai-ramai makan dekat luar. 



Selain order set ni, masa sampai tu kami tambah Kerang Bakar and pilih udang dalam 10 ekor. Size besar okay. Puas hati betoi, hahaha! And tambah jugak nasi putih. Sebab set ni untuk 6 orang, tapi semua ada 8 orang. Udang tu masak Butter Prawn. Orang kedai tu tanya nak butter prawn kering or basah, lepastu aku tanya apa beza dia, haha. And dia explain apa entah hahah, tapi aku tanya mana best lagi. Dia suggest yang basah, so amik yang tu la. Wehhhh, sedap kot butter prawn tu. Sedap gilaaaa! Bagi aku laa. Sebab pilih pulak udang yang besar kan, puas baq hangggg! Even masa tengok bil, tedia aih harga untuk 10 ekor udang tu. Hahahahaha. Tapi berbaloi laaa. Lagipon bukan selalu, jangan berkira okay! Hiks. Recommended untuk try Butter Prawn dia. Macam kerang tu memang depa dah sedia dalam 1 pinggan, RM6. Nak kata banyak sangat pon tak, sikit sangat pon tak. Tapi kami ambik 1 pinggan tu jela, sebab takut kan membazir pulak. Itu ponnn dah lebih dari cukup, haha! Ikan bakar dia pon not bad, sambal tu sedap! 



Sebenarnya aku baru lepas check up gigi last Monday, tukar getah and wire. So selalunya if lepas check up memang aku akan siksa makan makanan keras even nasi pon untuk 2/3 hari jugak. Tapi aku belasah ja makan buat taktau, malas nak layan sakit-sakit ni, mengada jaaa. Janji perut kenyang, kihkihkih! Cuma macam sotong goreng tepung and sayur tu memang aku tak makan, sebab malas nak kunyah banyak kali haha! Tapi untuk tempoh 2/3 hari ni jela, lepas dari tu dah okay dah nak belasah kunyah apa pon bolehh! 






Recommended untuk makan dekat sini. Suasana pon best. Parking jangan risau, sebab memang space untuk parking luas. Surau pon ada. Ohhh by the way, tak ada gambar makanan okay. Sampai jaa terus ngapppp! Hikhik :p 



Dan paling best sebab Adriana tak buat perangai. Sebab aku bagi dia pegang biskut Heinz tu. Haha Adriana kena umpan dengan mummy ehh? So dia pon duduk diam-diam dalam baby chair sambil menikmati biskut dia. Kira fair la, orang lain makan, dia pon makan, hahahah! Dah tu pulak dekat hujung bawah tangga tu owner dia letak cage kucing. Comel-comel kucing dekat dalam tu. Banyak ekor jugak. Lepas Apit habis makan, Apit bawak dia tengok kucing tu. Seronok la dia, hehe! 



Till next entry! 
Bye :) 

No comments: