Wednesday, December 16

ANOTHER 4 MONTHS

Assalammualaikum! Hello. 


A very super long entry! 


Pernah baca tak blog blogger famous Namee Roslan? Aku start baca blog Namee lama dah, before dia kahwin lagi. Dulu, dengan blog lama. Memang banyak aku follow blog blogger-blogger famous. Bila dah create yang baru just ingat a few ja, and follow balik. 


Pernah baca entry Namee pasal ni?  ---- > blog Namee Roslan 
Apa kaitan dengan cerita dia kan? Haha. Cerita aku lebih kurang cerita Namee la. 


Cewah mukadimah. Aku sebenarnya tak tahu nak mula dari mana, nak cerita macam mana entry kali ni. Tapi yang pasti aku excited nak share dekat sini, macam mana aku suka share cerita yang aku dah postkan dalam blog ni. Aku start blogging since 2009, masa zaman diploma dekat uitm. Dan ini blog ke-3 aku hahahaha! Tapi kalau ikot link, dah berkali-kali la bertukar. Yang lain aku private kan. Untung ada blog, bila senang-senang boleh baca balik. Ada gambar, ada cerita. Tapi rasanya entry dulu banyak ja poyo. Ke sekarang pon sama? Ehhh tak kisah laa. 


Ehhh mukadimah lagi ehhh? Hikhikhok. 



Adriana nak dapat adik?



Lepas bersalin dulu, untuk family planning. Aku ambik pil perancang, Cerazette. Atas recommend from gynae yang aku bersalin. Memang normal if lepas bersalin doctor akan tanya hang nak planning macam mana. Aku kalau boleh memang nak avoid untuk buat implant or suntikan 3 bulan sekali tu, ehh 3 bulan ke ehh? Haha. Sebab aku banyak baca kaedah ni boleh naikkan berat badan. Konon nak jaga badan. Kononnya. So, doctor advise ambil pil ni. Tapi dia dah stress ke aku, kena disiplin. If tak disiplin, pil ni memang boleh bertukar jadi pil kesuburan. Memang kalau boleh takmau pon ambil pil semua ni, bahan-bahan dalam tu kan? Dadah kan? Mesti la memudaratkan jugak. Haha. Tapi disebabkan dari zaman anak dara lagi, period aku jenis tak teratur sangat. Kadang-kadang lambat dalam seminggu. So, aku jadi risau jugak. Takut silap calculate. Tapi, takut aku tu pon still makan diri laa bila dah ambil pil perancang pon still kantoi. Kahkahkahkah, not funnehhh!



Aku ada terskip or senang cakap terlambat topup beli pil ni bila habis. Makanyaaaa danggg danggg eksiden la dia! Haha. Tapi aku langsung tak sedar. No, aku sedar. Aku sedar yang period aku tak jalan. Tapi aku just pikir, ohhh sebab ambil pil kot. Dan langsung tak nampak perubahan apa pon dekat diri aku. Tak ada muntah. Tak ada pening-pening. Even memang masa dekat Adriana, aku tak alah sangat pon. Memang tak alami morning sickness sampai teruk-teruk. Alhamdulillah tu bahagian aku. Sampai laaa a few weeks ago, ke bulan lepas entah. Aku perasan perubahan dekat perut. Dan bila aku tekan-tekan rasa macam something. Yes, betul. Macam lawak pulak, ke tak? Kahhhh! Aku dah mula fikir macam-macam. Serious macam-macam, sampai aku tak sanggup nak beli pregnancy test untuk test. Even sebenarnya dah ada instinct yang aku memang pregnant. Sebab aku tak sanggup nak tau result dia. Aku tak ready masa tu. Nauzubillah. Astaghfirullahalazim. 



Makin makan minggu, memang obvious la nampak perut aku ke depan. Yang lawaknya, aku ingatkan mula-mula tu sebab kes aku malas bertungku dulu masa dalam pantang. Nak kata malas tu tak la, tapi ada la skip bila sampai masa nak bertungku kan, hehe. Or aku fikir sebab aku dah minum air ais. Kan ada yang pantang air ais sampai setahun kan nak jaga urat. Aku ni takda nya la, borders tea ka, eastern tea ka, cowboy tea ka, aku bantaiiiii. Aku bagi contoh tu, sebab tengok ais depa sudahhhh banyak mana, hahaha!  



Aku ni sampai nangis-nangis bila fikir. Nak tau apa perasaan suami aku? Seronok. Seronok sebab nak dapat anak lagi. Betul, tu la yang sepatutnya di rasa. Buat apa nak sedih kan? Aku bukan sedih sebab tak gembira. Tapi aku fikir Adriana, aku fikir kerja. Sebab haritu baru ja cuti 2 bulan. And lepas bersalin haritu, memang AM aku nak aku masuk production ja untuk handle product development. Dah tu, aku fikir macam mana pulak ni dah pregnant lagi and akan cuti lagi.  Aku fikir macam-macam. Mesti ada ja kan, mulut-mulut yang akan kata, sapa suruh sendiri tak jaga. Kan? Susah sebenarnya nak explain pasal tu. Kalau dah aku bagi ayat cliche, semuanya dah ketentuan or itu rezeki Allah. Kang adaaaaa jugak yang akan cakap kan? Payahhhh! Tambah macam stress bila aku ada baca post yang kawan aku share dekat FB, aku ada post dalam entry ni -- 14 December



Memang ada rasa kesian dekat Adriana. Memang ada. Kesian sebab kecil. Kesian sebab kami terlalu awal dan cepat bagi dia ada adik. Macam-macam perasaan semuanya fikir pasal Adriana. Tapi aku mula sedar, kalau aku fikir pasal Adriana macam tu. Macam mana dengan yang ada dalam perut waktu tu. Aku bukan berlagak nak jadi positif. But be positive is the only choice and action yang perlu aku ada. Adriana anak aku, dalam perut pon anak aku. Ingat, masa pregnant. Apa yang kita fikir, kita rasa. Anak dalam kandungan pon akan rasa. Aku tak mau dia rasa tersisih or rasa mummy daddy tak perlukan dia. Tak inginkan dia. Sebab bukan salah dia, or bukan salah Adriana pon. Mummy daddy yang tersilap langkah, hahahaha! Aku memang tak pernah terfikir untuk ada anak seorang ja. Sebab aku rasa tak best la kan jadi tunggal, aku sendiri pon ada adik beradik ramai even cuma 4 orang. So, aku rasa bila ada adik beradik, best. Ada kawan. Bila besar rapat dan boleh kongsi macam-macam. Tapi aku jugak tak sangka, secepat ni la nak bagi Adriana adik pon, hihi :) 



Aku istighfar panjang bila ingat yang bukan-bukan. Sebab aku ada dengar ceramah Ustaz Kazim Elias, kalau kita tak sedar kita pregnant. And then kita dapat tau, and kita rasa tak bersedia dan tak suka dengan kandungan tu. Akan bagi kesan pada bayi tu nanti. Dia akan rasa apa yang kita rasa pasal kehadiran dia. Bukan ayat or mulut dari ibubapa dia saja, tapi dari orang or family terdekat dia jugak. Redha. Ingat itu ketentuan Allah. Istighfar bila ingat yang bukan-bukan! Betul, anak itu rezeki. Tapi aku tak berpegang pada ada anak rezeki tu datang bergolek. Ingat ada rezeki mai bergolek? Nehi. Usaha, rezeki tu kena usaha. Yang aku paham dengan maksud ayat yang orang selalu cakap ni. Bila kita ada anak, kita akan usaha untuk cari rezeki lebih lagi. Sebab kita tau dah bertambah keperluan dan kehendak yang kita perlu penuhi. InsyaAllah, Apit pon memang tak lama nak start business baru. Just tunggu bengkel siap. InsyaAllah, mummy daddy akan usaha yang terbaik untuk anak-anak mummy daddy :) 



Dan hari Isnin haritu, aku ambik half day sebab nak pergi check up. Memang aku tak buat pregnancy test sampai ke sudah. Padahal test kit tu RM5 ja pon. Hehe. Aku jumpa dengan Dr. Halimah dekat Amanjaya Specialist Hospital jugak. Sebab dah bersalin dekat dia haritu, so aku rasa lebih selesa untuk jumpa dia dan dia faham dan tau keadaan aku dah sebelum ni. Aku bagitau yang aku pregnant lagi, dia cakap "Alhamdulillah, takpa rezeki Allah Taala. Jangan risau, tak ada masalah apa aih" Selesa aku dengar. Tak kisah la kalau tu setakat ayat sedapkan hati pon. So, aku cerita la pasal aku tak mai period dan aku rasa kandungan aku dah lebih dari 3 bulan. Sebab apa? Sebab aku dah boleh rasa movement and kicking. Haha gilos tak, pregnant tapi tak sedar. So, doctor nak scan. Bila dia tengok perut aku before scan, dia sendiri pon dah cakap, ni dah macam 5 bulan ja ni. Actually aku sendiri pon rasa macam tu. Hihi. Bila scan, alhamdulillah semuanya okay. Baby okay. And aku dah 22 weeks! Maksudnya aku pregnant masa Adriana 4 bulan :) 






Masa p tu bawak sekali Adriana, sebab kami p night clinic. So, dia tengok la dekat screen waktu doctor scan. Tapi apa aje la yang dia faham kan? :) Actually dah p waktu siang tu, tapi doctor tak ada sebab ada operation. So, p lagi sekali waktu malam. Kebetulan hari Isnin, memang doctor ada night clinic. Due date aku on April. Gila tak? Lagi 4 bulan? Haha. Rupanya memang ada la kan manusia yang spesies pregnant tak sedar ni. Paling buat dia rasa tak sedar sebab tak ada alah! Tapi ada jugak yang pregnant tapi period jalan. Yes ada! Tak silap aku macam tu orang panggil bunting harimau, kottt! Haha. 



Alhamdulillah, pregnant kali ni Apit banyak concern. Sebab  dah ada pengalaman kot, dia jadi more concern. Happy bila dia happy, hihi. Kadang-kadang dia tengok muka aku lepastu dia senyum, haha. Gilo laki aku tu. Alhamdulillah harta dunia akhirat. Yang aku tau sekarang nak jaga kandungan ni sebaik mungkin, sebab aku cuma sedar bila dah 5 bulan ni, sepanjang 5 bulan ni langsung aku tak jaga makan pon. Aku ada minum air gas, aku ada makan nenas. Tapi alhamdulillah okay. Alhamdulillah, memang baby kuat kali ni. Aku malas nak peduli cakap-cakap orang. Kata jela apa nak kata. Terpulang. Aku rasa, paling orang nak cakap pon "Awat tak jaga dari awal" ... "Kesian Adriana, kecik dah dapat adik" Persetankan, gittewww! Kalau aku nak fikir orang nak cakap apa, kang effect dekat emosi aku dan baby. Ada orang lain nak kisah pulak kalau macam tuh? It's okay, ini anak-anak aku. InsyaAllah aku tau nak jaga dan didik. 



Tapi still tak percaya. Tak percaya yang nak ada anak dua dah. Kahkahkah. InsyaAllah, aku cuma harap Allah permudahkan aku untuk bersalin kali ni. Berdoa jugak semoga Allah permudahkan aku untuk menjaga dan mendidik Adriana dan adik dia nanti. If think in a positive way, rasanya macam mudah bagi aku sebab aku akan besarkan depa sekali harung ja masa kecil ni. Even memang la akan penat, akan letih. Akan hadap lagi sleepless night bila sekarang aku dah selesa sebab Adriana dah tidur ikot time. Tapi dekat sini maksudnya gap tu tak lama. Bila dah sama-sama besar nanti, aku dah selesa balik dah kan? Depa pon boleh besar sama-sama. InsyaAllah, semoga depa pon jadi adik beradik yang rapat sebab jarak dekat macam ni. If aku bersalin on April, means masa tu Adriana baru setahun sebulan, sebab Adriana lahir on March. Hi kakak Adriana! Kakak cikonet jugak hihihihi :D 



Dan kalau nak tau, kakak aku pon akan bersalin anak kedua dia on April. Kahkahkah. Dan jugak, kakak ipar aku. Alhamdulillah, kakak ipar aku tunggu 5 tahun untuk dapat anak. Berkat sabar dan usaha, akhirnya Allah makbulkan doa depa suami isteri. Untuk kengkawan yang dah kahwin tapi tak pregnant lagi, jangan la down. Rezeki akan sampai. Usaha dan doa. InsyaAllah. So, on April ada 3 babies la. InsyaAllah, hihihi. Ada la hikmah Allah bagi aku lalui macam ni. Kan? Positive. 



Alhamdulillah. This is my 3rd pregnancy, actually. 
Sebab tu aku cakap dekat Apit, dia daddy untuk 3 orang anak dah. Lepastu buat muka pelik pulak. 
Ehhh lupa?  Yang seorang ada dekat syurga Allah dah, alhamdulillah. 





If nak compare besar perut sekarang dengan masa pregnant dekat Adriana dulu, memang jauh beza. Masa dekat Adriana, 5 bulan pon dah obvious nampak. Sekarang still tak perasan lagi. 
Dan bila timbang berat pon semalam, berat aku cuma gain 3kg dari lepas pregnant haritu.
Maksudnya, betul la kot bila orang cakap bila pregnant kita pakai terms, makan untuk dua orang tu cuma mindset. Sebab aku makan biasa-biasa jaa sebelum ni. Tapi dah tau ni, mula laa rasa nak makannnnnn ja! Huahuahuahuahua! No cannot! Eat healthy, gittewww! 



Rasa lega sebab dah share dekat sini. InsyaAllah aku akan update sama macam mana aku pregnant dekat Adriana dulu. Kena fair, dua-dua cinta hati mummy daddy! :) 



Doakan yang terbaik untuk aku.
InsyaAllah :) 

No comments: