Wednesday, December 9

NUR ADRIANA FARISYA : 9 BULAN

Rindu. Hari-hari pon rindu bila dekat tempat kerja! Sindrom mak bekerja macam ni la. Nak buat macam mana, tuntutan hidup. Kena kerja. Bukan niat nak mengabaikan tugas as isteri atau ibu bila bekerja. Tapi keadaan sekarang, memang kena kerja. Tambah aku ni ada hutang lagi pulak kan. Hutang kereta, hutang ptptn! Kahhh! Tapi sekarang tengah cari business la apa-apa yang boleh aku buat for side income. InsyaAllah!



8 December, cukup laa anak manja mommy daddy 9 bulan! Sekarang dah cuba-cuba berdiri sendiri dah without pegang apa-apa. Boleh laa bertahan a few seconds. Lepastu jatuh terduduk. Seriau aku tengok. So far, dia selalu buat atas tilam. Kalau berdiri atas lantai memang aku jaga tak bagi dia jatuh terus. Aku sambut dulu. Dan baru-baru ni badan dia naik biji-biji merah. Terkejut aku tengok malam tu masa nak tukar diapers dia. Nak p klinik malam tu jugak, tapi dah lambat pulak. Sebab aku nak p child specialist, malas nak p klinik biasa. So, esok pagi tu aku ambik half day bawak ke klinik. Doctor dok laa kelebek badan dia, lama jugak. Last-last cakap ruam. Aku pelik jugak kenapa ruam sampai macam tu. Banyak sangat. Lagipon kalau dekat rumah memang ber-air-cond ja. Dekat rumah Alang pon even tak ada air cond, tapi memang okay ja. Sebelum ni takdak masalah apa pon. So, aku tanya doctor, bukan allergic or campak ke. Dia cakap bukan allergic, if allergic dia akan gatal-gatal. And if campak dia akan demam dulu. 



Tapi mak and mil aku cakap campak. Bila hari kedua tu, mil aku dok kelebek lagi. Dia cakap memang campak ni, bukan ruam. Campak sekam. Maybe dia keluar dulu baru nanti demam. Tapi alhamdulillah, sekarang dah okay. Dah tak nampak biji-biji merah tu. And alhamdulillah jugak tak demam. Risau betul aku. Selamat dia pon tak meragam teruk-teruk. Manja-manja macam tu ja. 



Tengok la muka budak manja ni. Haha. Nak merap suruh dukung. Sebelum mommy ambik dukung, mommy snap dulu ehh muka awak macam ni, Adriana. Hahaha! 




Gambar every morning hari aku kerja. Kena snap picture dulu okay, sebab daddy nak tengok. Elehhh sangat, hehe. Kang kalau tak send, mesti tanya mana gambar anak manja daddy. Cehhh. Macam-macam mimik muka laa sebab awal pagi lagi. Ada hari kalau aku angkat nak masuk kereta, dia jaga. Ada hari yang dia akan sambung tidoq balik dalam car seat tuh. Ada hari murah nak senyum, kekadang tu, memang dapat muka masam jela hihihi. 




Nur Adriana Farisya binti Muhammad Firdaus 

:) 





Big boss sangat ni. Mengebat sangat letak kaki naik atas duduk dalam baby chair tu. Masa ni bila entah. Hari kami keluar lepak dekat oldtown. Hehe. 




Adriana ni dulu masa aku dalam pantang, ada la aku lukis kening dia guna celak mekah yang kawan aku, Mira bagi. Sesaja pon sebenarnya. Tengok sekarang, cantik ja jadi. Mati laaaa puji anak sendiri kennn? Hikhok. Dah memang betul kan, ahahaha. Tapi lama-lama kalau tengok memang dia ikut kening daddy dia. Bentuk nak sama. Memang masa pregnant dekat dia pon aku dok harap biar mata dengan kening ikut daddy. Tapi nampaknya kening jela kot, mata tu kadang-kadang nampak sepet, kekadang nampak besar. Haha! 



Blur pon blur laa, janji dapat snap gambar mek ni buat muka macam tu. Suka betoi buat hidung macam busuk tu. Hahaha geram tengok. Dia buat sambil macam dok sedut hingus tu. Dengar la macam tengah tarik hingus, hehe. Macam-macam laa Adriana! 



Okay that's all! Mommy sayang Adriana! 



Bye :)


Short and simple, untuk kenangan membaca di masa hadapan hiks :D 

No comments: