Wednesday, January 6

A GOOD START : 2016

HAPPY NEW YEAR 2016! 


Dah hari ke 6 tahun baru pon. Still new kan, boleh la tu wish lagi, hehek! Biasalaaaa harini baru masuk kerja. Aku update blog memang time office hour. Kahhhhh! Dekat rumah idok lerr ada masa nak on laptop mengadap update blog. Kalau Adriana tak tidoq, melayan dia main. Kalau dia tidoq, sama ada aku buat kerja or kalau malam aku tidoq sama. Huahuahua! Ada anak kena laa manfaatkan waktu dia tidoq. 


2015. Alhamdulillah semuanya okay. Alhamdulillah dengan rezeki Allah Taala bagi. Lahirkan Adriana. The best moment ever. Hihi. Dapat interview kerja. Even just interview aku still happy la sebab nak dapat interview pon ingat senang? Hehek. Cuma tak ada rezeki nak dapat kerja tu, sebab sampai sekarang tak ada offer. So assume tak dapat la kan? Hek. Loan rumah approved. Tapi tiba-tiba ada masalah. Okay, kang aku cerita dekat bawah. Syukur jugak loan rumah approved. At least tau yang memang layak untuk loan tu di approved. Dan belajar cara macam mana nak apply, dengan serba serbi documents nak kena prepare. Banyak benda best jadi. Dan ada jugak yang buat aku down. Tapi malas fikir. Cuma kadang-kadang terfikir, jadi fuck off la buat seketika. Tapi lepas tu okay chill macam biasa balik, hikhik. Aku bukan jenis yang suka buat teruk dan suka fikir berat-berat sangat, malas ambik port pon ya jugak. So, chill chill sudeh! 


2016



A very good start for our little family! Alhamdulillah.


RUMAH : 

Okay aku start dengan hal rumah dulu. Dari awal aku kahwin sampai sekarang memang aku duduk rumah parents Apit (PIL). Masa berdua kami macam tak kisah. Macam lek lek chill jaa duduk sekali dengan PIL pon. Sebab dah berdua ja kan, tak kisah la. Haha. PIL aku pon jenis okay cool ja. Bukan jenis ambik kisah. Ikut suka laa nak p mana, nak buat apa sebab dah kahwin. Then bila dah tau aku pregnant Adriana. Dah mula fikir bab rumah. Sebab nak ada anak kan, family dah nak almost complete. So, dah fikir bab nak beli rumah. Sebab dari awal, memang sebolehnya tak mau menyewa. Nak beli rumah ja terus. Then awal tahun 2015 tu dah start cari rumah and search pasal cara apply loan rumah. Apit kan bekerja sendiri. So, dia memang takda slip gaji and takda epf. And dia memang tak pernah declare income tax. Haha. Dah stuck dekat situ. Sebab gaji dia memang tak fix masuk account monthly. Ikut suka hati dia ja. So, kakak bank tu advise suruh maintain semuanya dalam tempoh 6 bulan. So, kami pon proceed bagi akaun bank cantik dulu. EPF still tak proceed sebab kakak tu cakap tak pa kalau takda. Then after 6 months, try apply lagi sekali. Ada 1 bank reject and kakak tu tak advise lebih lanjut. And 1 bank lagi ni, kakak ni advise suruh declare income tax. Sebab loan almost approve, cuma nak kena ada jugak sama ada income tax or epf. If epf nak kena pulak tunggu 3 months untuk dapatkan statement. So, declare la income tax. Haha cuak jugak masa nak declare. Takut kena bayar banyak kan, sebab dok fikir takut kena penalti/denda sebab sebelum ni tak pernah declare. Tapi alhamdulillah amount dia tak la banyak mana. Tapi still la banyak jugak sebab kena bayar ke kerajaan yag tingtingtong kennn? Heh! And alhamdulillah approved! Kami pulak lepas tu nak tukar property. Tak jadi nak ambik rumah yang sepatutnya kami nak ambik. Dok search sana sini, macam tak berkenan. Dan tiba-tiba jugak dalam masa yang sama ada masalah dengan duit. Untuk bayarkan deposit. Something came out.  Dua-dua terus macam down. Down gila babi la jugak. Dan sayang la kan sebab loan dah approved. So, kami tanya kakak bank if nak terminate boleh tak, ada effect in future tak? Sebab memang tak boleh nak proceed lagi. Kakak tu cakap boleh. Don't worry, tak ada masalah apa sebab belum sign any S&P. Just Apit sign offer letter. Sebab sign offer letter tu la yang kami risau in future. Tapi dah kakak tu cakap tak ada apa. Just buat satu surat and bagi ke dia jaa. So, insyaAllah next time. 


Sebab down tak boleh beli rumah. Dan rasa memang sesungguhnya dah sampai masa kami tinggal asing. Build and manage our own family. Kami decide jugak nak sewa rumah. Ingatkan nak beli rumah ja renyah dan susah. Nak sewa rumah pon sama. Mahal benarr orang sewakan sekarang. Dan tu ada yang murah kawasan pulak kami tak prefer. Haha songeh kan? And finally jumpa jugak. Lokasi okay, harga sewa pon okay! Alhamdulillah. Rumah teres, sewa RM 300! Wohh mana nak dapat derr sewa RM 300. Ada pon area Amanjaya and kawasan sekitarnya. Aku memang memang memang nak avoid kawasan sana. Entah, tak suka kawasan tu. Hahahaha! Dah settle bab bayar deposit rumah. Tuan rumah pon okay. Cool ja. Hehe. Kiranya dah start boleh duduk la bulan ni. Dah setel cuci rumah. Dah setel cat. Gigih tak? Padahal rumah sewa. Ala cat murah ja pon, beli cat kapur 7 liter yang RM36 tu 2 bekas. Settle. Aku cat pon ruang tamu and bilik utama ja. Sebab ada kesan kotor yang obvious dan tak sedap mata memandang. Aku dengan Apit pejam mata jela beli cat and cat even bukan rumah sendiri. Tapi dah memang nak duduk, apa salahnya buat bagi elok sikit kan. Nak duduk pon bukan sat, lama jugak. Let say kata kalau setahun pon kan, hee. Apit baru settle cat rumah semalam. Barang dah bawa masuk sikit. Tapi barang dekat rumah tu belum kemas sepenuhnya lagi. Baju and barang segala mak nenek tu. Haha. Dengan ada mek kecik tu, dia pon 'tolong' kemas jugak la. Sebab tu aku ambik cuti hari Isnin and Selasa sebab nak kemas sikit-sikit. Hantar Adriana rumah Alang macam biasa, setel hal kemas-kemas. Itupon baru sikit sebab aku cuti sebab ada appointment klinik sama. Dah jadi letih sikit. It's okay slow-slow. baju-baju tu main longgok letak dalam bag pon boleh. Nanti nak kemas ambik and hang balik jugak kihkihkih. Kerja mudah, biaseee ler! :p 



ANAK : 

Haha macam yang aku update dalam entry lepas. Alhamdulillah aku tau aku pregnant masa dah 22 weeks! Hiks. Kadang-kadang fikir macam lawak pon ya jugak, apasal laa dah 22 weeks baru sedar entah. Ish. Hari tu p bukak buku merah dekat KK, kebetulan register tu memang dengan nurse yang pernah mai melawat aku masa dalam pantang dulu. Dia memang kenal laa. Aku dok ready jaa nak tadah telinga tunggu apa depa nak cakap, haha! Ada 2 sebab depa nak bising. Satu sebab jarak pregnancy dekat sangat, and lagi satu sebab bukak buku merah lambat sangat! Nurse tu takdak la marah ke berleter pon. Tapi cara dia cakap tu macam annoying la jugak. Lantok lerr, kesahhhh! Hahah! Isnin baru ni p check up dengan Dr. Halimah, yang ni kira 2nd check up dengan dia lepas 1st check up yang aku tau aku pregnant tu. Memang dia dah cakap, untuk 2nd check up dia akan confirmkan due date aku. So, dah dapat due date. Memang sama macam 1st check up haritu. Due date 16 April 2016! Hahahahahahahahahaha. Tau tau sekarang dah lebih kurang 25 weeks :) Dr. Halimah dah bagitau sesiap, if aku tak bersalin jugak on that date, aku akan di induce. Memang tk boleh over dari due sebab aku sedar pregnancy ni lambat so ada risk if over the due date. Macam Adriana haritu, lahir 3 hari sebelum due date, hehek. And gender pon Dr. Halimah dah nampak. Kelmarin, ada check up dengan doctor dekat KK, dia pon nampak gender lebih kurang sama. Hiks! Cuma untuk kalini aku still dilema nak bersalin dekat mana. Di sebabkan tau lambat and dah masuk rumah pulak. Banyak jugak guna duit dah ni. Kalau dulu memang plan dah nak bersalin dekat private, so memang dah savings dari awal lagi. Ni tau tau jaa tinggal lagi 4 bulan, kahkahkahkah! Tak lawak! Aku cakap dengan Apit, if bersalin government pon okay la. Even sebenarnya hati ni nak jugak dengan Dr. Halimah sebab dah ada experience dengan dia. Aku macam scary sikit bila fikir nak bersalin government ni. Huahuahua. Dan sebab paling-paling utama, aku nak Apit ada di sisi aku waktu bersalin. Gituu. Tapi kawan aku cakap, government sekarang pon dah husband friendly. Husband boleh masuk. Tapi macam tak guarantee ja confirm boleh masuk. Sobs. InsyaAllah semoga ada rezeki lebih boleh bersalin dengan Dr. Halimah lagi :) 


Adriana sekarang makin manja. Biasa laa, orang cakap sebab nak dapat adik kot. Kadang-kadang mai feeling emo tu, sebak jugak bila dok mengadap dia. Tapi aku selalu sembang dengan dia. Cakap pasal baby adik, cakap pasal perasaan aku ke dia even nanti ada baby adik. Aku bahasakan dia kakak baby, baby pulak aku bahasakan baby adik, haha tingtong mummy hang nih! :p 
Adriana sekarang pon dalam fasa nak berjalan dah. Berdiri sendiri tu dah boleh, lama jugak dia boleh bertahan tak pegang apa-apa. Cuma nak melangkah tu berat lagi. Aku harap dia cepat berjalan before dapat adik. Hehe. 


KERJA : 

Aku harap sangat lepas confinement nanti ada rezeki offer kerja baru. Itu salah satu harapan aku untuk 2016. Dapat kerja baru, haha! Dekat sini bukan tak best, best. Kerja pon okay. Team mates pon okay. Environment so so jela. Management biasa la, politik bersepah. Tapi rasa memang dah sampai masa aku nak cuba tempat baru. Harapnya ada la rezeki untuk aku. Huhu. InsyaAllah. 




HUSBAND : 

Hahaha pasal husband dah kenapa? Semoga jodoh kami makin-makin kuat. Tahun ni masuk tahun ke-3 perkahwinan, even dah bercintan cintun lebih kurang 12 tahun. Tapi kalau dalam fasa perkahwinan tu memang baru sangat lagi laa! Tahun ketiga, anak nak masuk dua dah. Alhamdulillah rezeki Allah Taala :) Gaduh perkara biasa laa. Lepastu baik balik, manja manja balik. Huahuahua! 2016 permulaan untuk kami manage family sendiri. Tinggal sendiri. Semoga semuanya baik-baik untuk kami. Semoga dugaan ujian apa pon datang, kami boleh sama-sama face it. InsyaAllah. Jyeahh! 


Alhamdulillah, Apit mengikut saranan pak menteri suruh buat lebih dari satu kerja. Kahkahkahkah bengong bahalul punya pak menteri. Tak lama lagi bengkel kerja kayu Apit siap. Tu kerja baru dia lepas kerja dekat market sebelah pagi. Alhamdulillah ada punca rezeki yang baru untuk Apit, dan untuk kami jugak. Harap-harap Apit komited and semua yang dia buat akan menjadi. Aku doakan selalu untuk suamiku itu, ecewahhh. 


Agak serabut jugak kami sebab semuanya jadi in one time. Tiba-tiba tau aku pregnant (boleh ke tiba-tiba? hahahah bengong ni) and akan bersalin dalam lebih kurang 4 bulan lagi. Masuk rumah pulak. And dalam masa yang sama Apit akan start dengan bengkel. Nak kena beli mesin, mesin pulak bukan murah-murah nak buat kerja kayu ni. Apit memang dah ada modal la untuk semua tu. Alhamdulillah, cuma maybe stuck sikit-sikit la sebab nak guna untuk yang lain-lain.  Semuanya wang wang wang kachingg kachinggg! Tapi InsyaAllah aku suka tengok dari sudut positif. Sebab kalau nak teruk-teruk fikir pon tak kemana jugak. The power of doa. Berdoalah semoga Allah permudahkan satu-satu. Hihi :) 



Aku rasa sebelum nak update ni macam banyakkkk ja point aku. Tetiba dah blurrr. Nanti ingat, update lagi. Huahuahua! 


Okay, sambung kilija.
Byeeeee! :) 




No comments: