Friday, January 15

PREPARATION MASUK RUMAH

Hello! 


Cewahhh title kan? Macam dah nak masuk rumah sendiri jaaaa! Kihkihkih. Even rumah sewa, still jugak la rumah kita kan even sementara sebab kita bayar jugak. Boleh statement cenggitu? Kihkihkoff! Penattttnyaa. Allahu. Dah serupa macam nak pindah rumah. Memang la nak pindah rumah, maksud aku dah macam sebelum ni stay rumah lain and nak masuk rumah lain. Bab packing la ni cerita dia. Padahal barang-barang banyak dalam bilik tu ja. Barang apa taktau laa yang packing tak habis lagi, huahuahua! 


Aku memang suka buat check list dulu before apa-apa. Macam nak bersalin jugak la. Gigih note down check list itu ini kan. Heee. Aku punya excited check list bahagian dapur jerrr! Tak sabar nak memasak. Gittewwww! Yela kan, duduk rumah PIL aku jarang masak. Kalau dalam skala 10, kekerapan aku masak cuma dekat skala 4. Coihh. Sebab kalau masak untuk Apit seorang yes, tapi nak masak bagi yang lain-lain makan tak berani den. Haha. Baik lah MIL ja yang masak. Dah tau sedap dia, hikhik. 




Bertuah la badan, sebab nak masuk rumah sewa ni mak and mak mentua aku banyak support jugak beli barang. Hikhik! Segan sebenarnya. Tapi dah sebab depa insist nak tolong belikan, alhamdulillah :) Target aku dengan Apit masa mula-mula, memang nak dahulukan beli washing machine, peti ais, gas stove, cabinet dapur. Ni kiranya barang-barang yang mahal laa. Yang lain-lain malas lagi nak beli. Lek lek dulu kan, nanti baru beli. Macam perkakas dapur elektronik bagai tu, hadiah kahwin dulu pon tersimpan rapi tak guna lagi. Cuma rice cooker ja mak aku ambik guna haritu sebab yang dekat rumah rosak. So, aku suruh jela mak guna yang dapat hadiah tu. Sebab tu nak masuk rumah ni, mak belikan rice cooker and blender kononnya nak ganti balik la, hehe. Microwave, toaster, kettle memang dah ada, dapat hadiah kahwin. Serious lahhh, terima kasih sangat la dekat kawan-kawan class diploma dulu yang bagi microwave tu. Hehe. Macam pinggan mangkuk gelas cawan pon sama, berset-set aku dapat masa kahwin. So, takyah fikir dah! Just cari alat-alat lain ja untuk melengkapkan proses masak nanti macam kuali, sudip apa bagai tu. Pan pon aku dapat present sampai 2 sets. Alhamdulillah. One of it from my lovely Badut, thanks Badut. Rasa lega cause finally aku boleh guna jugak hadiah-hadiah yang orang bagi. Hikhik. Washing machine and peti ais, mak mentua aku tolong belikan, hehek. Alhamdulillah. Save sikit duit kami, boleh beli benda lain pulak! 



Untuk barang-barang lain tu, macam dalam list atas, haritu aku keluar pergi cari dekat Home and Mr. DIY sebab aku rasa tempat macam tu senang cari. Semua ada. Berkenan dengan tak berkenan jaa. Sebab tu mula-mula aku pergi Home, pastu ada barang yang macam tak berkenan, aku pergi beli dekat Mr. DIY pulak. Kalau laa ada Daiso dekat SP ni, dah jugak aku p serbu. Ni sebab dekat Penang, tak kuasa nyah nak pergi semata-mata sebab tu ja. Hehek. Rumah tu pulak tak ada langsir before this, penyewa before this just selit ja dekat tingkat. Orang bujang. So, kami beli rail langsir and aku beli kain nak buat langsir. Gigih tak gigih la kan even rumah sewa. Haha. Lantak. Sebab memang nak duduk situ kan, nak la selesa. Rail tu memang la kena pasang. Macam langsir tu memang yang ready made ada jual. Tapi aku tak puas. Beli pon kain langsir yang murah semeter RM 7 tuh sajo. Suruh mak aku jahit, settle. Hehe! Cabinet dapur pon dah settle beli, beli dua buah. Sat cabinet yang memang boleh letak dapur gas. And satu lagi yang biasa boleh letak and simpan barang. 



So, mostly sekarang barang banyak dah settle beli, yang mana perlu beli tu laa. Cuma tinggal barang dapur ja belum beli. Sebab tak settle hal kemas semua lagi. So aku rasa groceries tu boleh hold dulu la sat. Nanti beli pon boleh! 





Hahaha tedia check list. Ni check list groceries and seangkatan dengannya. Aku pakai benchmark harga Tesco. Sebab yang aku tau Tesco ja ada online shopping. So, ada harga state dekat situ, aku refer jela. Tesco ni IKA, international key account. Cewahhh mentang-mentang laa handle marketing, tau pulak LKA and IKA ni, hek. So, sbb dia IKA, harga dia tak macam lokal pasaraya la. Cuma bila time dia buat promotion, memang kaw jugak low price dia compare dengan yang lain. So, I take it as a benchmark ja. Sebab rasanya macam kalau nak beli pon, nak beli dekat Econsave ja kot, huahuahua! Tapi tak semua barang pon nak beli dekat pasaraya. Beli dekat kedai biasa or pasar malam pon bulehhh! :D



So, sekarang tinggal nak settle kemaskan baju-baju ja. Baju Adriana senang dah, aku lipat masuk luggage, so sekarang bila nak pakai aku ambik dari situ ja sebab almari baju dia dah bawak ke rumah sewa. Tinggal baju kami berdua ja. Itupon baju aku, yang mana baju kurung semua aku pack hantar letak dekat rumah mak. Hahaha. Sebab jarang yang teramat aku pakai! Malas dah nak semak almari. Agak nak pakai nanti cari dekat rumah mak ja. Kalau nak ke kenduri ke apa yang kena sopan-sopan,  yang ada dekat aku jubah/dress sajo. Baju Apit laa banyak nak kena kelas. Allahu, laki aku tu gila baju sama macam aku. Dah tuu, jenuh nak asingkan laa baju mana yang dia still nak pakai or bawak ke rumah sewa and yang nak tinggal dekat situ ja. Sabarlahhh! Heks.



Itu jeee. Saja update p laa, kot kot nanti boleh baca balik kan. Hehek.



Byeee! 

1 comment:

Aerzee Amir said...

Saja baca blog wanie. Terjumpa post ni. Rasa macam berguna pulak. Heheh ezy tengok buat rujukan sikit2. Thanks naa :)