Friday, February 5

CERITA KAKAK DAN ADIK

Second baby is coming soon! Another 2 months! Haha. Nervous noks. Macam first time nak bersalin pon ado nih! Yela sebab masa Adriana kan dia lahir through vacuum method. For second baby ni pon risau jugak kalau aku tak boleh deliver as normal, normal yang se normal nya lah without any assistance like vacuum or forceps. But still, aku harap sangat-sangat still kali ni boleh bersalin through vaginal delivery. Allahu, mintak di jauhkan dari kena caesar. InsyaAllah, amin.



Di sebabkan aku dah pindah rumah, so aku kena la inform dekat klinik kesihatan pasal tuh. Sebab nurse memang akan main terjah datang check dekat rumah. So, before apa-apa aku bagitau sesiap yang aku pindah rumah, dah tak stay dekat rumah PIL. Hee. Kalau ikutkan alamat rumah PIL, aku dalam zon oren masa check up. Then, bila dah tukar alamat rumah ni, rupanya tukar kawasan jugak, dah kena zon merah. Cisss. Aku ingatkan kawasan yang sama. Haha. Macam tak best sikit laa sebab dah biasa dengan zon oren tu. Nurse pon dah kenal dah. Haritu first check up dekat zon merah. Bila aku cerita kisah pregnant kali ni and pasal Adriana yang tak setahun lagi pon. Biasa la kan nurse, dia tanya laa pasal merancang bagai semua tu. And bila dia tau aku bersalin through vacuum, dia tanya tak takut ka? Dia kata mostly macam serik. Erkkkk. Hahah. Hmmm. Aku lebih takut dan takut dan takut nak hadap contraction ja kot. Sebab experience haritu dengan Dr. Halimah semuanya smooth and steady. Tapi macam agak takut dan nervous lagi sebab kalini aku pilih nak bersalin dekat government. Cuma check up, macam biasa still check up dekat Dr. Halimah. Huwaaaa, mummy daddy takdan nak cop duit sikit kalini baby adik. Sebab mummy daddy sediakan rumah untuk kita sefamily and daddy baru nak start new business. Sorry. Takpa, duit tu nanti mummy daddy guna untuk lepas adik lahir yeee :)  



Preparation for second baby dah start dah sikit-sikit. Alhamdulillah la sebab baru-baru ni dapat bonus, hehek. Boleh beli barang-barang baby adik. Masa dekat Adriana dulu aku tak banyak beli baju newborn. Sebab memang ramai advise aku jangan beli banyak sangat baju newborn. So, aku menurut perintah. Aku banyak beli baju 3-6 months, baju yang size S, yang size M pon ada depends on cutting. Ada jugak yang aku beli 6-12 months. Sebab aku tengok macam kecik jaa. Haha. So, di sebabkan itu, cewahh. Banyak la baju-baju Adriana yang dia still boleh pakai sampai sekarang. Haha. Adriana pon jenis kecik sama kot, sebab tu still boleh muat. Lagipon banyak baju-baju macam tu aku bagi pakai dekat rumah ja. Okay la lagi. Makanyaaa, untuk baby adik still jugak kena beli baru. Beli dah haritu. Geram jaa aku pilih. Haha and bila pilih baju dekat adik, teringat dekat kakak jugak. Makanya untuk kakak pon aku beli baju baru jugak. Rasa bersalah pulak. Ishhhh. Tilam boleh repeat guna yang kakak, sebab tilam tu pon guna masa dalam pantang jaa. Dah lepas tu aku bagi tidur atas tilam sekali, just aku lapik dengan comforter baby tu ja. Bantal ja aku beli baru, dah beli dekat Mira. Bantal kekabu. Masa Adriana haritu pon, mak order set tilam bantal semua yang jenis kekabu. Aku rasa puas kalau pakai jenis kekabu ni dari guna yang jenis fiber or yang biasa jual ready made dekat kedai baby tu. Hehe.  Tapi bantal karipap yang aku order tu memang dari fiber, sebab mostly kalau jenis karipap tu memang depa buat dari fiber. Huhu. Ada a few things lagi yang kena beli baru. Macam tu la kan kalau dah second baby, ambik yang bekas-bekas kakak jaa, hehe. Tapi tu la bila fikir kesian. Tak sampai hati. Sebab tu ada jaa barang yang dari Adriana dah ada, boleh repeat. Aku still jugak nak beli baru bagi ada jugak yang baru. Naluri makmak sungguh, tak sampai hati :D 




Aku taktau la orang lain. Tapi aku rasa satu silap aku masa pregnant dekat Adriana dulu, tak sungguh-sungguh cari hospital yang provide class antenatal ni untuk attend. Sebab bagi aku laa, penting class macam ni. Sebabnyaa, tengok macam aku sudah laa. Tak reti push sangat punca doctor decide untuk guna vacuum. Sebab dah lama push tapi baby still tak keluar. Bahaya wehhh macam tuh. Aku tak pandai nak curi nafas and nak teran dengan baik masa bersalinkan Adriana dulu, huhu. Sebab kena ingat, 'bahagian' kita lahirkan anak ni lain-lain. Memang ada jaa yang boleh lahirkan anak dengan mudah. Smooth ja keluar even tak attend any class. Boleh ja push and baby keluar dengan mudah. Tu kira 'bahagian' dia la kan. Tapi sebab aku dah ada experience tu. Aku rasa perlu la attend class macam ni. And kalini memang aku ada mencari-cari jugak tapi tak jumpa yang provide untuk hospital area SP ni. Untuk yang KPJ Penang buat ni pon sister in law aku yang bagitau. Sebab dia kan pregnant jugak, yang katanya sama due date dengan aku tu, hehe. So, dia ajak aku and Apit join jugak. Okay on jer. Lagipon murah. Dekat pon dekat, KPJ ni dekat Bandar Perda ja pon. Dah tu, fee cuma RM20 ja kott. Murah sangat per couple. Join jela kan, at least dapat ilmu.  Dah settle register and made payment :) 



Dak ashemmm ni lagi 2 bulan jadi la kakak. Pandai kiss perut mummy bila mummy suruh kiss adik. Kadang-kadang daddy acah kiss perut, cakap 'sayang adikkk', satg dia pon mai jugak nak kiss. Hehehe. Aku tau dia tak faham apa pon, tapi sebab tengok daddy sungguh-sungguh buat, dia pon nak buat la jugak. Haha. Makin dekat nak dapat adik ni, memang makin merap. Makin manja. Kadang-kadang rasa sayu jaa. Hihi, mummy mengada. Selalu masa dia tidur aku sembang dengan dia, ingatkan dia pasal nak jadi kakak, pasal nak dapat adik. Confirm punya laa aku menangis, hahahah! Ciss. Kakak cikonet. Takpaaa, aku selalu positifkan diri. InsyaAllah, Allah sentiasa ada. Sentiasa akan permudahkan untuk aku, untuk Adriana dengan adik dia nanti :) 





Sabtu lepas Adriana demam. Adriana memang jarang sangat demam. Alhamdulillah. Even lepas cucuk pon memang jarang demam. Tapi kalini memang tinggi jugak suhu dia. Awal pagi bangun tidoq, aku dah rasa badan dia panas. Tapi aku ingatkan sebab ada dah off kan air cond. So, rasa macam haba badan jela kan. Then lepas Apit dah balik kerja. Apit peluk dia, rasa badan dia memang makin panas. Aku amik thermometer, check rupanya dah 37.7 dah masa tu. Terus Apit ajak p klinik. Dah p klinik kanak-kanak  Dr. Oii, assistant situ cakap ramai lagi tengah tunggu giliran and doctor pon tak masuk lagi. So, kami balik ja macam tu. Dah lambat sangat memang malas nak tunggu la. Nak p ASC aku teringat hari Sabtu memang depa cuti. Doctor and clinic cuti. So, kami decide balik rumah dulu. Sebab lepas keluar dari klinik tu, masuk ja kereta Adriana dah tidoq. MEmang dia tak larat sangat la tu, badan lemah ja. Mata pon kuyu jaa. Lepas ja bagi makan and mandi dia petang tu, baru jaaaa lepas pakai baju. Tiba-tiba dia muntah. Terus dua-dua gelabah. Terus tukar baju and bawak dia p klinik biasa ja, Klinik Dr. Husna dekat Taman Ria tu. 



Dah sampai klinik, doctor check suhu dah sampai 38.2. And tekak dia merah, ada infection. Sebab tu la dari pagi memang dia kurang nak hisap susu through botol. Nak breastfeed ja. Kesian manja mummy. Balik tuh on terus bagi ubat. And aku jerlum selalu laa nak bagi panas tu drop. Kesian dia. Sekali-sekali demam kan, risau hati mak noks. Mula-mula aku jerlum dengan ayaq biasa ja. Then aku jerlum dengan ayaq asam jawa, nampak la badan tu makin kurang panas. Alhamdulillah, lepas 2 hari demam dah kebah. Tapi dah kebah demam, selsema dengan batuk pulak. Adoi laa. Selsema memang Adriana selalu selsema. Sat okay, sat selsema balik. Tapi batuk tu kira first time la. Sayu hati dengar dia batuk. Sebab tau seksa kott batuk. Aku ni pon batuk and selsema jugak. Batuk sampai suara dah takda ni, huwaaaa! Get well soon sayang mummy daddy :( 




Bye :)

No comments: