Thursday, February 11

KAFE-ALA-HIPSTER

Mandom betoi harini. Office still lengang tak ramai orang. Sebab memang ramai chinese, so bila dah CNY ni mostly take one week leave la. Email pon tak banyak masuk. Makanya, aku macam 'free' la jugak, kihkihkoff! Padahal ada jee report and work sheet yang nak kena settle. Untuk facebook company, aku handle part nak propose update and theme apa. Every month nak kena pikiaq nak update apa. Memang sendu la kan, haha. Ni nak maternity leave nanti. Nak kena prepare proposal untuk 3 months sampai May, matilanak! Nak update menatang apa taktau laaaa! Huhu. 



Sajaaa, mood nak update blog. So, nak sembang kosong ajee. Sekarang ni banyak kan kafe hipster yang naik. Kafe yang ala-plywood-decorate-furniture macam tu, pon banyak jugak. Mostly kafe macam ni serve western food la. Sebab senang, kot kan. Bagi aku laa, yang tak berapa pandai masak ni. Aku rasa prepare western food lagi senang compared to masakan melayu/masakan panas ni. Kotttt! Kahkahkah! 



Dekat SP ni pon dah bersepah kan? Ada  yang best, ada yang so-so dan ada yang out terus! So, meh aku nak cerita kafe yang baru-baru ni aku and husband try. Aku memang tak mau mention la nama kafe ni. Hahahaha! Tapi kalau yang friend dengan aku dekat Swarm or Facebook maybe boleh tau kot sebab aku ada check in situ baru-baru ni. Huahuahua. 



Actually aku dengan Apit nak try lama dah. Tapi tak lama sangat laa sebab kafe ni pon baru jugak laa official bukak. Huahuahua! So, haritu rasa nak p try. Okay then. Aku order green tea latte + salmon grill. Apit pulak order strawberry machiato + chicken grill. Ehhh sat, aku tak sure drink Apit tu betoi ke tak nama dia, huahuahua! Maybe la untuk sedapkan hati, boleh laaa assume yang kafe ni baru bukak and perlukan improvement. And perlukan masa untuk serve better. Tapiiiiii, ermmm. Hahaha!



First depa mai serve ayaq. Aku memang dengan konfiden laa nak try green tea latte tu. Sebab aku minum dekat Blackwood memang sedap. Fulfill aku punya taste la kiranya. Tak berniat la kan nak compare dengan Blackwood (kahkahkah). Tapi aku predict taste dia okay jela. Bila try jaa, OUT wehhhhh OUT! Tak rasa langsung green tea tu. Entah laa apa yang aku rasa. Maybe susu kot. Coihhh! Okay laa, minum jela kan dah order. Then untuk Apit pon sama. Kahkahkah. Dia minum ja, dia buat muka. Kata tak sedap. Langsung takkk. Dia cakap rasa dia macam tajam sangat. Sebab Apit biasa minum machiato ni dekat kafe lain. And mostly dia kalau minum ni bila makan dekat kafe kawan dia, Kacha Cafe dekat Alor Star tu. And again, memang bukan nak compare. Sebab memang la tak boleh compare kan dengan kafe yang dah lama bukak and baru bukak. But at least taste dia macam tak mungkin lari jauh. Sampai rasa OUT terus. Kihkihkofff! Ka memang signature dia macam tu, taktau la kan!



Then, salmon grill aku sampai dulu. Hmmm, presentation out terus. Hahaha. Aku rasa for western food, fries tu macam a must la. Bagi aku la kot. Ini tak, just salmon and beberapa biji sayur. Biji pon boleh la. Ada carrot, kobis and brokoli. Kira nampak laa pinggan tu besaq, tapi makanan tu secoet sikit ja atas pinggan tuh. Macam tak niceee! Rasa dia bagi aku so, so jela. Ada part yang aku rasa macam masinnnn! Haha. Then chicken grill Apit order sampai. Hahahaha muka lain terus laa sebab dia serve part dada. Selalu kan chicken grill orang serve part macam chicken chop jugak. Apit dah laa jenis memang tak makan part isi ni. Memang totally out laa. Dah tu pulak, dia tak serve dengan black pepper sauce. Tapi dengan sauce putih. Aku rasa macam sos sayur kott. Tak sure sos kobis ka brokoli macam tu. Tak silap la. Bab sos maybe la kot dia nak buat lain dari yang lain, tapi bab guna part ayam tu rasa macam tak kena lagi. Maybe bagi certain people okay la kot. Huahuahua! Presentation dia pon sama, out! Hehe. 



Yang ni based on taste kami dua. And aku takmau mention nama sebab ni kan kafe baru, so macam aku cakap, depa maybe still on process to improve. Tapi kalau sampai bebila pon macam ni jugak, hmm entoh lerr. Haha. Sebab tu kadang-kadang aku rasa kafe-kafe macam ni, decorate ja cun, menu ja gempaq, gambaq ja menarik. Tapi bab taste, kurenggg. And kadang-kadang kafe macam ni buat port lepak boleh la. Tapi kalau makan, hmmm. Bayar mahal tapi taste nan hadooo! Hikhok! 














Okay sekian sahaja sembang kosong untuk harini. 
Bye! :) 


1 comment:

Mie Moy said...

dis is not fair...
mami n dadi mkn sedap..adriana mkn sekut ja :p