Tuesday, February 16

REVIEW : SANGKAYA (NUTS ABOUT COCONUTS)

Hello :) 


I am now 31 weeks. 
Hahaha another 10 weeks to go bebeh :) 


Pregnant kali ni tak  mengidam teruk-teruk sangat. Maybe sebab tak banyak fikir nak makan apa sangat kot sebab sibuk uruskan kakak cikonet tu. Tapi ada la jugak yang teringin nak makan, aku bagitau la Apit nak makan itu ini. Sebab tu rasanya pregnant kalini tak 'belon' sangat macam pregnant dekat Adriana dulu. Haha. Nafsuuu ja itu semua, cewahhhh! 

Kelmarin ada check up. Check berat, berat turun. Turun 600g gram ja pong dari last check up. Nurse cakap sekarang ni dah patut naik 2kg dah setiap bulan. Nurse tanya kenapa turun, tak lalu makan ka? Haha. Aku pon taktau, rasa macam makan serupa tu la jugak. Dia ada tanya demam ka baru-baru ni. Memang ada demam, batuk and selsema. First time rasanya seumur hidup, aku batuk sampai takdak suara baru-baru ni. Seminggu la jugak, sobs. Seksa sungguh nak bersembang dengan orang. Alhamdulillah ni dah baik dah :) Tapi aku rasa masa tak sihat tu pon, makan macam biasa ja jugak, heheh. Current berat aku 54.5kg. Ehhh tak malu betoi bagitau berat. Huahuahua nak malu apa entah. Tau dak, berat macam ni before kahwin pon tak dapat derrrr. Masa mula-mula aku pregnant dekat Adriana, berat aku 57kg. Sampai bersalin dekat Adriana, berat dalam 67-68kg macam tu. Kiranya masa pregnant Adriana berat tak pernah turun laa, over lagi hadoo! Tapi alhamdulillah la lepas bersalin ke dia, berat turun sampai 52 kg. Huahuahuahua! Tapi macam mustahil laa nak dapat berat below 50kg dah macam zaman sekolah and baru masuk diploma dulu. Kahhhh! Ehhhh, mana tau kan kot lepas bersalin ni boleh. Hahahaha! *Berangan satttt*



Haaaaa mukadimah memang panjang sikit derr kalau aku dah start type entry. 
Hmmm, kkk! 




Hari Sabtu lepas ada class ante natal dekat KPJ Perda. Yang aku dah register a week before date tuh lagi. Join sama-sama dengan kakak ipar aku. Dah lama dah aku dok tengok orang update pasal Sangkaya ni. Dulu mana ada area dekat-dekat ni. Tapi sekarang dah bersepah dah bukak dekat area Penang. Dekat SP tercinta ni ja taktau bilanya nak bukak, haha. So, sebab nak p KPJ Perda tu, aku pon search la kiosk Sangkaya area dekat-dekat situ kot ada. Tetiba terjumpa ada dekat Mydin Mall BM. Hahhhh, dekat sangat dah dengan KPJ tu. Onnnnn! Lepas habis class terus ajak Apit p Mydin. Aku tag Apit dekat gambar dalam fb Sangkaya tu cakap nak p situ Sabtu lepas. Hahahaha. Sebab before this yang aku tau dekat Qbay and Gurney and certain place lain tapi area island sana. Dah tau yang dekat ada, baik p yang dekat sini jaa. Dannn rupanya, dekat Sunway Carnival pon ada jaa. Sebab kakak ipar aku, lepas class dia p sana. Dia yang bagitau dekat Sunway pon ada, haha k! Lagi senang laa macam tuh :p 




Sangkaya ni ada 3 flavor. Original coconut-Green tea-Milk tea. 
Cha yen yang dalam menu tu refer to green tea and milk tea la. Guna thai tea. Macam air-air yang femes sekarang tu, kan semua guna thai tea. 
And ada 3 choice nak di serve macam mana. Ada Signature, Cup & Cone. 
Signature tu yg letak dalam tempurung kelapa tu. And of course la aku choose yang tu, haha. Baru la bebetul Sangkaya! Untuk signature ada 4 scoops. Boleh mix. Aku mix coconut  + green tea! 
Tak berani pulak nak try ice cream milk tea tu, hehe. 




Aku nak order coconut shake, tapi staf situ cakap ais habis pulak. Hmm, baiklah. Makanya aku order air kelapa. Untuk Signature, boleh pilih 3 jenis topping. Tapi untuk hari tu, staff dia cakap dia bagi semua topping free untuk hari tu jela. So, boleh letak jela berapa pon. Aku just letak coconut flakes, sweet corn and cereal. Yang tuh ja aku lalu nak letak pon. Malas nak renyah letak topping banyak-banyak. Lagipon aku memang tak suka kidney beans tu, kalau peanut, pon malas nak letak macam tak kena ja, hehek. 





Muka happy dapat makan Sangkaya akhirnya, hikhik :p
Thank you husband. 
Tapi tengah dok lepak sat makan ni pon dah teringat dekat mek Adriana. Masa dalam class tu pon dedua dok sembang pasal mek Adriana. Siap tengok video dia lagi. Haha. Memang tak boleh sungguh kalau p mana-mana, tak bawak dia. Teringat. Hihi. 
Sat naa Adriana, kasi mummy daddy dating sat jaaa! :p



So, review aku untuk ice cream kegilaan ramai masa kini ni. 
Ice cream dia sedap. Both, coconut sedap. Green tea tu pon sedap.
Tekstur dia tak macam ice cream biasa tu, macam mana ehh nak cakap. Macam soft.
Tak sure macam gelato ke apa. Ka macam ice cream yogurt TF tu. Tapi soft la kiranya. Hahaha!
Tapi memang sedap laa bagi aku. Cuma takda laa sedap sampai aku gila nak lagi dan lagi lepas makan hari tu. Jadi macam puas hati jela sebab dapat makan and rasa ice cream yang orang dok cakap sedap-sedap ni kan, hahaa! Tapi kalau lepas ni teringin nak makan lagi pon, takde hal ja kan, sebab dekat ja pon nak dapat. Hehe.  Ohhh review air kelapa dia. Bagi aku tak sesedap yang jual tepi-tepi jalan tu laa. Haha, boleh la nak minum, tapi tak sedap mana pon, kihkihkoff. Kalau nak makan/minum pon before bersalin ni laa. Sebab air kelapa kan lepas bersalin kena pantang lama jugak.So, kira ice cream kelapa ni pon dalam kategori dia la jugak kot kan. Tambah pulakkkk sejenis ice cream, lagi laaa. Sebab aku dah tekad kali ni, lepas bersalin adik ni, bab ais tu nak pantang bebetul. Gittewwww haha :p 




Ini diaaa, yang selalu buat mummy daddy angau teringat kat dia, hahah! 
Suka sungguh laa boleh punggah bag ubat/cream dia tu. Cuba kalau ambik nak simpan tengok, melentik badan-badan punya bebai. Dah makin bijak sangat dah sekarang. Nak jadi kakak dah kan? Hahahah! 



Okay, bye bye! :) 

No comments: