Thursday, March 17

AF BABY PRODUCTS

Assalammualaikum :)


Alhamdulillah, akhirnya! Finally! Aku start jugak untuk buat business. Dah lama gila, dah peram lama sangat keinginan nak run business. Aku gila tudung/shawls/baju. Memang dah lama sangat teringin nak keluarkan yang sendiri. Tapi entah, asyik bertangguh. Tak confident. Dan macam-macam lagi la yang selama ni membantutkan keinginan aku nak run business. Bukan la nak run business besar-besar kan, nak start dari kecik-kecik ja laaa, hihi. Tapi bila dah ada anak, aku rasa macam barang-barang bayi ni terlalu dekat dengan aku. Sebab sejak ada Adriana, rasa macam mak-mak lain jugak kot, banyak lagi spend untuk anak dari untuk diri sendiri. Hahaha! Sebab terlalu nak kan yang terbaik, dan macam biasa, aku suka benda yang cantik, yang nampak cute. Hihi. 


Dalam aku buat preparation for this second baby, pon sama jugak situation macam buat preparation untuk Adriana dulu and dalam sediakan untuk Adriana sekarang pon. Still jugak cuba cari yang terbaik dan yang jauh dari bahan kimia yang memudaratkan, ini maksudnya dari segi luaran la, macam baby bath, shampoo and so on. Dari segi pemakanan pon sama jugak. InsyaAllah aku cuba yang terbaik. Sebab keadaan sekarang sama kot, dengan persekitaran, dengan cuaca. So, memang kena jaga dengan sebaik mungkin. InsyaAllah. At least kita cuba kan, selebihnya terserah kepada Allah :) 


So, aku still on going prepare untuk baby adik. Hahah. Gilos dah nak masuk 36 weeks, tak lengkap apa lagi. Packing pon belum. Dalam dok prepare ni, while searching here and there, terdetik macam why not aku start jual barang-barang macam ni, maksudnya barang-barang yang aku sendiri guna. Barang yang aku sendiri cari. So, here we go. Maka bermulalah! Gitteww! Haha. 


AF BABY PRODUCTS


Yes, tuh nama yang aku pilih untuk this business. Nama yang aku pilih untuk create account dekat Instagram. Sebab nama AF tu pon memang serasi dan dekat dengan aku. Sebab memang aku nak nama anak-anak start dengan huruf ni, hehe. 


Nervous, serious nervous bila nak start promote. Aku ni memang gila shopping online dari dulu, aku start shopping online masa 1st year dekat uitm merbok. Start dari situ, memang selalunya barang apa pon aku suka beli online. Tapi bila nak start run online business ni jadi cuak. Haha. Tapi aku boleh la kot apply apa yang aku selalu nak dari seller, so aku pon harap aku boleh provide benda yang sama untuk future customer aku. InsyaAllah, hihi. 






Setakat ni, still sikit barang-barang yang aku bawa masuk. InsyaAllah akan bertambah from time to time. InsyaAllah aku tak limitkan untuk anak-anak kita sangat. Aku akan cuba bawa masuk produk untuk mummy jugak. Product for prenatal or postnatal. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan! :) 
Tapi rasanya sebelum bersalin ni, aku cuba untuk barang bayi dulu kot. InsyaAllah lepas dalam pantang nanti, nak aktif lebih sikit. Hihi :) 




To be honest, Baby Caliph ni yang membuka hati aku nak start business ni. Sebab ni produk organik. Dan memang best. Dan selamat, InsyaAllah. Hee. 

Ada head to toe and mini pack! Head to toe ada 2 flavor, Strawberry & Orange. Dalam mini pack pulak ada head to toe - baby oil - baby lotion. Sangat sesuai untuk travel. Or macam aku, memang ada satu bag kecik untuk letak barang-barang macam ni bila keluar. Even just pergi mall pon aku bawak ja letak dalam diaper backpack tu, hihi :) 

Adriana dah ada 5 batang gigi. 3 batang gigi atas, 2 batang gigi bawah. Aku dah start beli berus gigi and ubat gigi untuk dia. Saja nak start dari awal, lagipon dah memang ada gigi plus dia pon dah makan solid food bagai kan, memang dah kena train la. Masa mencari ubat gigi jugak la, aku rasa nak try guna this toothpaste. Sebab utama, sebab ia organik. Hee. That is the reason why aku nak jual jugak! :) 



InsyaAllah, yang ni nak cuba untuk baby adik nanti. Cambest kan? Baca review pon cambest. Hihih.





So, so far brand atas ni yang dah masuk dalam ig business aku. More, coming soon. 

So, feel free untuk visit and follow my instagram! Hehe. Selain dekat instagram, dekat Facebook personal aku pon aku jual jugak. Tak tergerak hati lagi nak buat separate Facebook. Haha.




Instagram :

@afbaby.products


Facebook :

Azwanie Saad



Doakan aku ya. 
Jangan lupa follow instagram ituuuu, hehe.


Okay bye :) 

No comments: