Tuesday, March 29

MySale : Ju-Ju-Be Bags and Accessories

Hello! :) 


Boringnya hadap kerja yang tak sudah ni, haha! Tak sabaq nak cuti ni. Rasa macam nak ambik cuti awal. Malas dah nak ikut plan asal, tunggu sampai bersalin baru cuti. Hehek. 


Nak cerita pasal MySale. Tau tak pasal MySale? Mesti tau kan? Sebab aku selalu jugak tengok naik sponsored ads dekat feeds FB aku. Ke FB aku ja? Haha. Actually dekat MySale ni aku dah subscribe lama dah. Selalu la dapat update sale dia tu. Aku terpaling suka tengok update pasal quilt set dia. Semua cantik-cantik. Harga pon boleh gagah la dengan design. Ada ja yang design cantik, harga pon not bad. Memang sale betul. Tapi so far tak pernah beli lagi la. Just kadang-kadang bukak tengok ja, cuci mata. Gittewww :p 


Pagi ni aku tengok, masuk notification email, naik Ju-Ju-Be, terus pantas aku click open. Hehe. Aku dah pernah beli tote bag dari Ju-Ju-Be ni. Ada aku update dalam entry bawah ni :




So, bila Mysale buat sale, terus aku check harga dia. Wehhh murah! Yela kan, dah nama pon sale, hakhakhak! Tapi kira berbaloi lah kepada sesiapa yang mencari diaper bag sekarang ni. Murah banyak jugak kot weh, mana nak dapat lagi dah! Hikhik. 







Tengok tu, ada macam-macam kategori bag. Pilih saja nak yang mana. Hehe. Aku pulak, tengok travel bag tu macam berkenan la pulok sebab murah. Discount banyak jugak tu, hehe. Siap aku dah search youtube sebab nak tengok spacing macam mana. Not bad weh, space okay. Iyo ler kan, anak nak dua dah! Hehek. Yang tote bag tu selalunya aku guna kalau keluar dekat-dekat. Aku pakai tote bag tu saja as handbag. Takyah bawak handbag dah, hihihi. Kalau keluar jalan jauh sikit ja aku guna backpack Skip Hop tuh. 


Memang dua-dua jenis ni mahal. JuJuBe and Skip Hop. Tapi percayalah, mahal yang berbaloi. Mahal yang berkualiti. Mahal yang best! Hahah. Mahal la kan, sampai beratus, huahuahua! Bagi aku la, bagi orang lain maybe pejam mata ja. Kihkihkoff. Tapi biasa laa, benda dah suka, mesti la usaha bagi dapat, hikhikhik. Sejenis gigih. Takpa gigih yang berbaloi huahuahua! 


So, sesiapa yang nak diaper bag comel dengan harga sale. Visit la MySale. Aku pon tak sure sale ni sampai bila. Haha. Ohh ini bukan entry sponsor. Sesaja nak inform jeee. Dan sesaja hilangkan boring update blog. Hehehek! 


.
.
.
.
.
.
.



Ehh nak selit cerita anak bertuah ni! :) 



Budak seronok dapat "kaki". Alhamdulillah Allah makbul jugak doa aku, hehe. Aku memang berdoa dan berharap Adriana boleh jalan sebelum aku bersalin, means sebelum dia ada adik. Even memang la kan, dah boleh jalan lagi la jenuh kepung. Tapi at least dah tak merangkak. Even sebenarnya merangkak tu bagus untuk development depa tau! Adriana mula menapak before dia cukup setahun haritu lagi, tapi tak berapa nak cekap dan tak banyak langkah. Tapi sekarang, terkedek-kedek ja haa. Syoq boleh jalan! Haha. Cewi semacam jaa. Aku dengan Apit dah lama pon tangguh nak beli kasut dekat dia. Yang dok ada pon pre walker ja. Dah keluar Ahad haritu p Qbay memang nak cari kasut la. Punya la payah nak cari. Sebab taste mummy daddy semacam sikit. Haha, padahal kasut anak ja pon. So, agak dah malas nak cari. Jumpa kedai yang animation world ke amenda entah, yang jual barang mickey minnie hello kitty doraemon bagai tuh. Aku nampak kasut yang beli dekat dia ni, hmmm pon boleh la. Even aku ni dalam banyak-banyak character, hello kitty ni la paling tak suka. Even aku suka kucing dan hello kitty ni kucing. Kahkahkah ada kaitan la pulok! Tapi beli jela, dah jumpa yang jenis tapak ringan. Simple ja. Seronok tak kira laaa bila bagi pakai kasut and bagi jalan. Even dia tak biasa, tapi belasah mak enon ja jalan buat tererrr haha! Dan keluar haritu aku ni dah siap shopping baju raya dah untuk depa dua beradik ni, hahahaha! Advance sangat mak engkorang! Saja la, aku tengok comel semacam ja. Baik grab cecepat, kikihkih :p 




Anak manja daddy! Kalau awal pagi dia tak terjaga sebelum Apit p kerja, mesti nanti bangun tengok dekat belah daddy dia tidoq. Jenguk tengok, tapi rupanya daddy takda p kerja dah. Hihi. Tapi selalunya memang pukul 4 pagi tu dia bangun la, bangun hantar daddy p work, manjaaaa. Cehhh. Hihi. 


Esok aku ada check up lagi dengan specialist dekat gov hospital. Lemah sungguh aku kalau pasal nak p gov hospital ni. Huwaaaa, malas nak kena tunggu lama! Last week aku p before 9 sebab appointment aku at 9am. Settle semua nak dekat pukul 1 kot. Ya ampun, letih menunggu dekat situ ja. Padahal bahagian O&G tu bukan ramai sangat masa tuh. 


Dan aku berharap sangat-sangat, esok bila scan baby adik duduk pada kedudukan yang sepatutnya. Huhu. Doctor dah cakap, if still sama. Dia akan offer untuk pusingkan. Tapi depends on air ketuban dan tali pusat. Dan if nak buat tu, aku kena admit one night dekat hospital before prosedur tu berjalan untuk depa monitor. Huaaaaa, terus aku terfikir Adriana. Sebab nak kena tinggal sebelum betul-betul sampai masanya aku bersalin. Sobss. InsyaAllah semoga Allah permudahkan esok. Semoga baby adik dengar la pujukan mummy daddy and kakak Adriana dia, hehe. Adriana pon pujuk okay, tapi bukan gosok perut la, dia tampar jeeee, haha! Garang nau kakak nih :p 


Doakan aku, ya! 
.
.
.
.





Jangan lupa visit and follow instagram AFBaby Product :

@afbaby.products






Bye :) 

No comments: