Wednesday, March 9

8 MARCH : HAPPY 1ST BIRTHDAY



Muka birthday girl awal pagi. Dalam kereta nak pergi rumah tok alang. Hihi. Renyih sungguh. Aku acah apa ja entah masa ni, mood baik. Even masa aku angkat nak masuk kereta tengah tidur, tapi bila masuk kereta letak dalam car seat ni, terjaga. Acah sikit dah renyih macam ni, hehe. Semalam aku ambik half day. Sebab petang ada appointment cucuk Adriana 1 tahun. Saja aku buat appointment on the date of her birthday. And untuk appointment check up aku pon aku buat semalam jugak. Senang, sekali harung ja pergi Klinik Kesihatan tu. Lagipon weekdays tak ramai orang. Mula-mula check Adriana dulu, then baru turn aku. Dah settle check up baru aku bawak dia pergi bilik suntikan tu. Kemain sangat sebelum cucuk, dia dok jenguk ja dalam bilik tu sambil renyih, tepuk tangan. Seronok yeeee? Haha. Bila kena jaaa cucuk, qeyauuuuuu! Satu klinik dengar suara dia saja. Hahaha! Apadaaaa :p 







Masa on the way ke KK. Selfie duluuuuu! Susah jugak nak ajak dia selfie. Kalut nak ambik benda tu, benda ni. Nak tengok merata. Huhu. Tapi main acah jugak sampai dia tengok camera. Hahah padan muka :p Tengok laa dok pegang sikat, sebab masa aku ambik dekat rumah tok alang, tengah lena dalam buai. Lepastu masuk kereta nak la sikat rambut tu bagi elok sikit, kalut jugak nak ambik sikat sendiri, ehh ehhh budak niii. 



No birthday party okay. Haha. Aku tak terasa nak buat pon birthday party bagai ni, sebab baru setahun. Apa laa sangat dia faham. Beli kek pon bukan dia boleh makan. Big no. Aku still control pemakanan dia selagi boleh. Sekarang dah banyak ilmu kita boleh dapat tentang pemakanan depa, so InsyaAllah aku nak cuba bagi yang terbaik untuk Adriana. Tapi insyaAllah, aku dengan Apit dan plan cara lain untuk mensyukuri ulangtahun pertama Adriana ni. Semoga murah rezeki anak mummy :) 


Tapi semalam lepas maghrib, tok abah dengan tok mama ajak pergi rumah. Rupanya tok abah belikan kek untuk Adriana. Haha. Kemain excited tok abah nak celebrate birthday Adriana. Dan paling excited kakak-kakak sepupu dia jugak laa. Haha. 



Adriana tolong potong kek and posing depan kek jaa. Yang tiup lilin kakak Icha dia. Hehe. 
Nak makan kek tu? Memang tak boleh lerr Adriana sayang! Tapi dia geramm, dok nak capai kek tu jaa. Boleh hancoqq ahahaha! 









Nur Adriana Farisya binti Muhammad Firdaus

Selamat Ulangtahun Pertama Kelahiran, manja mummy daddy! 
Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati kehidupan Adriana. Semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah. Semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik untuk Adriana. 
Mummy dan Daddy terlalu sayangkan Adriana. Terima kasih sebab sentiasa ceriakan hidup Mummy Daddy selama setahun ni. Semoga jodoh kita bertiga kekal sehingga sampai masanya. Mummy sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan umur Mummy supaya dapat besar dan didik Adriana dengan baik. Semoga Mummy dapat tengok Adriana membesar depan mata Mummy. Mummy harap kalau pon Allah nak ambik nyawa Mummy, biarla masa tu Adriana dah faham pasal kehidupan. 
Adriana, semoga menjadi anak yang baik, anak yang solehah, yang patuh pada agama. Mummy selalu berdoa semoga tak ada satu pon sifat dan perangai buruk Mummy Daddy ada pada Adriana. InsyaAllah. Semoga menjadi kakak yang penyayang, dan melindungi adik-adik Adriana nanti. 
Mummy dan Daddy sayang, Nur Adriana Farisya! :) 



No comments: