Tuesday, March 22

RANDOM WEEKEND

Assalammualaikum :) 


Sekarang ni aku dalam pencarian (pencarian gitu) nak cari car seat baru untuk Adriana. Yang sekarang kan pakai Maxi Cosi Cabriofix tuh, dah macam tak sesuai dengan dia. Sebab dia kan dah boleh duduk, car seat ni pulak jenis baring ja. Rasa macam tersilap beli pulak dulu, beli jenis ni. Hikhok. Suppose beli car seat yang memang from 0m - 4 years, yang boleh recline beberapa kali tu kan. But it's okay, so far okay ja car seat maxi cosi ni. Ada time ja yang Adriana nak buat perangai, dia malas la nak baring-baring ni. Selamat la jugak beli car seat ni dulu memang way murah dari harga pasaran dan boleh installment lagi hehe (blogged : baby car seat) :) 


Lagi pon, memang macam mana pon kena jugak cari car seat baru untuk Adriana. Sebab yang sekarang boleh bagi baby adik guna nanti. Penting okay car seat bagi aku. Sangat penting on weekdays! Haha. Tapi aku rasa lepas ni, bukan weekdays ja. Tapi nak p mana-mana pon dah penting. Sebab mesti letak salah seorang dalam car seat. Tak kan, nak pegang dua-dua masa dalam kereta kan if naik kereta dengan Apit, hehe. Ada certain time ja, kami akan bawak jugak car seat letak dalam kereta. Selalunya kalau p mana-mana keluar SP ni la. 


So, Ahad haritu Apit cuti. Dia tanya nak jalan mana haritu, aku ajak la pergi AEON Bukit Mertajam. Sebab nak survey something. Dah tu, dia cakap jom p Aeon Big dekat Alor Star la sebab dia nak beli cat untuk kerja kayu dia dekat sana. Okay, aku on saja. Tapi aku cakap lepas zohor pon okay. Sebab Adriana dah biasa rutin dia lepas mandi pagi, aku kena bagi tidur dulu. If tak nanti dia meragam. Tambah pulak kalau dia bangun awal pagi tu dalam 8-9 pagi, lagi laa kena bagi tidur, huhu. Tengok-tengok dua-dua beranak pon terbongkang lena sekali. Takpa la kan, biar jela rehat. Haha. Bila anak dengan daddy lena, yang mummy ni pon rasa macam nak join sekali hoi. Tapi rasanya tu la 'me time' aku. Me time sangat weh, time tu la sambung kemas rumah. Buat apa yang patut. Haha sebab takdak sapa kacau. Tapiiii, memang buat kerja macam penyamun la. Buat kena senyap-senyap takmau bagi ada bunyi, haha! 




Pakai elok kemain dah, tapi lena. Cehhhh. Haha. Bila masa laaa awak membesar Adriana? Sat sangat jaa dah macam ni, huahuahuahua! 



Dalam pukul 3 lebih jugak kot baru sampai Alor Staq. P kedai cat yang Apit nak beli tuh dulu. Depan Aeon Big tu ja. Lepastu baru p Aeon Big. Alahai bukan ada mendaaaa pon Aeon Big ni. Huahuahua. Rupanya aku silap laaaa, Aeon Jusco dengan Aeon Big mana samaaaa weh! Ka sama? Arghh taktauuu! Arghhh stress aku. Tapi takpa la, cemana pon Apit boleh jugak beli barang dia nak. And at least aku boleh jugak shopping dalam Daiso tuh, hahaha! 




Tengok mek ni, nak berdiri pulak atas stroller. Daddy dia la punya kerja ni. Tapi takda laa biaq macam ni bila di tolak, haha. Dia dok berdiri mcm ni sebab aku tengah tengok karpet. Daddy biar dia berdiri dulu. Dah duduk takmau sangat, hiks. Backpack Skip Hop ni sangat berguna la. I means dia punya space sangat best. Tak menyesal langsung spent untuk beli bag mahal macam ni. Memang mahal la wehhh bagi aku, hukhuk. Harga dah serupa nak beli handbag untuk aku jaa. Tapi dah aku berkenan gila kan, usahakan jugak ler bagi dapat dulu.  Haha, memang dah perangai dah macam ni. Tak boleh buat apooo hehek. Yang penting daddy dia tak kisah untuk galas. Hiks


Bosan betoi dalam ni. Boleh laaa setakat ronda-ronda kannnn? Sobs sobs sedih mak noks. Aku nak p Aeon sebab nak tengok car seat Sweet Cherry la. Sebab aku dah PM tanya Sweet Cherry dekat mana boleh dapat car seat yang aku berkenan tuh. Ishhh! Tapi dekat sini pon ada jual brand Sweet Cherry tapi sendu ja pon koleksi dia, kihkihkihkih. 


Untuk beli car seat dekat Adriana kali ni, aku dah tetap budget nak beli yang RM 400 below ja. So, since car seat yang aku berkenan tengok mula-mula memang harga lebih kurang tu ja. Terus aku survey harga sana sini, boleh dapat dalam harga berapa. As usual, search hashtag dekat instagram. Bagi aku la, yang jual dekat instagram macam agak murah dari yang jual barang baby dekat website. Tapi depends la keistimewaan apa yang depa bagi, hehe. 


First choice dan car seat yang buat aku tertarik -- Koopers Steps Convertible Carseat
Retail price memang RM500 and above. Tapi dekat instagram mostly aku tengok tak jual lebih dari RM500 pon. And aku tanya dekat instagram yang beli car seat and stroller Adriana dulu, memang dapat murah la. Lagi murah dari ig lain offer, tak sampai RM 450 pon. Memang dah berkenan dan nak sangat beli dah mula-mula tuh. Haha, dah la ada installment plan pulak. Hihi. 



Then, car seat kedua yang aku jumpa berkenan dalam dok survey awal-awal haritu -- Aldo Ergo II Carseat. Yang ni retail price RM400 above. Tapi if thru instagram, below RM 350 pon dah dapat wehhh! Aku rasa ada jugak yang buat promotion, tak sampai RM 300 pon. Tapi tu la, aku lupa nama instagram tuh. Haha. Yang jenis ni dekat Lunatots pon ada jual. 







Paling paling latest yang berjaya menawan hatiku, arghhhh! Gittewww. Dan yang dah buat aku nak pergi Aeon haritu, sebab car seat ni la. Hahaha. Sweet Cherry Union Carseat. Aku suka sebab dia printed. Tak plain. And nampak comel. First time aku boleh tau pasal carseat ni sebab aku tengok dekat group mana entah dalam FB tu dia share pasal car seat ni. Terus laa aku search. Hahaha sejenis gigih, what to do! Hikhik.




 Tapi at first aku ingatkan brand Cosatto. Brand Cosatto ni boleh idam jela nak beli, tapi kalau nak beli tu memang tak la. Macam awal-awal dulu nak beli untuk Adriana jugak la. Memang teringin gila sebab cun dan comel ya amatttt, sebab printed. Tapi harga dia, waduh waduh lap peluh. Hahaha. Yang mula-mula aku ingat brand Cosatto sebab printed dia nak lebih kurang ja pon, ka sama terus? Hahaha. Yang ni jenis Cosatto Hug. Union printed jugak. 


Dekat website Sweet Cherry harga untuk this carseat RM 479.00. Phewww! Over budget terus rasa bila tengok dekat situ. Tapi dengan the power of hashtag dekat instagram, kena la gigih wehhh. Aku jumpa 2-3 seller yang dah jual. Yang ni latest from Sweet Cherry. Dan boleh nampak sebenarnya dekat instagram jarang orang jual carseat from Sweet Cherry, tapi kalau stroller banyakkkk! So, aku tanya dekat seorang seller ni, harga dia jual dalam RM 350. Okayyyyyyy on! Tapi tu la, kalau boleh aku still nak tengok sendiri car seat ni, sebab tu yang iyo iyo jee nak p Aeon. Plus, sekarang tengah ada sales. Mana la tau kan, kot dapat harga lebih kurang sama kaaa, hehek. 


Kalau sempat dan kalau rajin dan kalau larat, weekend ni boleh la p tengok lagi. Kali ni kena bebetul p Aeon Jusco la wehhhh! Hahak. 


Okayyy lunch timeeee!


Jangan lupa follow my baby instagram, hihi

@afbaby.products 





Bye :) 



2 comments:

Anonymous said...

hi sis.. just nak share info psl Sweet Cherry Union Carseat ni.. kat ig sis bole jumpa harga paling murah start rm330-rm350 siap free pastage lg... bole tgok ig ni eizayusofcouture,babyhouzz,yish_little_tots.... sbb sy pun nak beli jenis ni =)

wanie said...

Yep, jumpa dkt satu ig ni pon harga lebih kurang tu jugak. Heee. Thanks for sharing :)