Tuesday, April 5

BABY BREECH - ECV PROCEDURE

Assalammualaikum. 


Nak cerita pasal baby breech atau bayi songsang.  Aku tau pasal baby adik breech bila pergi check dekat Wisma on 11 March haritu. So, masa scan Dr. Ayu bagitau yang baby melintang waktu tu. Bukan songsang laa tapi kiranya not in a position. Sebab dia dok move sana sini, ada masa aku rasa kepala dia sebelah kanan perut, ada masa aku rasa kepala dia dekat atas bahagian perut. Memang boleh rasa la, sebab kepala kan. Huhu. So, aku ada next check up lepas tu dekat Klinik Kesihatan. Tak silap on 21 March, masa tu check up dengan doctor. So, aku inform dia pasal hal tu. And bila dia scan memang breech. Doctor KK nak refer aku ke GH. Sebab kena refer terus dengan specialist. Makanya, on 23 March tu aku kena pergi GH la jumpa specialist. Ya ampun, letih benauuuu menunggu doh! Srotttt! Dalam dok tunggu giliran tu, memang macam-macam doa la zikir la aku baca, sebab nervous wehh. Takut nak scan lagi, takut result still sama :( Check up dekat hospital masa tu, Apit teman aku jugak. Dia kesian ke aku nak kena pergi hospital sorang, nak check up untuk tau pasal position baby lagi. Even aku ni sebenarnya tak kisah pon bab tu. Tak teman pon aku okay jaa, hehe. Dah tu bila sampai giliran, bila doktor pakar tu scan, still sama. Kepala bayi ada sebelah kanan perut, tapi lama-lama dia main dengan alat scan tu, kepala naik atas pulak. Huhu. Baby adikkkk, main-main pulak diaa, hee. 



Aku tau pasal ada kaedah untuk pusing bayi if breech. Tapi doctor la yang buat. Bukan macam ada certain orang yang percaya nak ke mak bidan, bagi mak bidan buat. No, big no for me. Kalau setakat pegang perut dan baca apa-apa takpa, tapi kalau jenis pegang perut dan pusing. Hoish sorry la, memang aku tak percaya. Sebab tu mak ada suggest suruh pergi  mak bidan, aku takmau. Tak kisah la dia nak buat yang mana satu, tetap laaa aku tak berkenan bab-bab ni! Huhu. Since doctor boleh buat procedure ni, baik suruh doctor ja sebab doctor boleh scan dulu. And actually procedure ni hanya boleh di buat selepas check air ketuban dan tali pusat bayi ya. Procedure ni namanya ECV - external cephalic version. Tapi procedure ni hanya boleh di buat masa week 37 ke atas. Masa aku pergi check up ni, aku baru 36 weeks. So, doctor suruh aku pergi lagi sekali next week tu, bila cukup 37 weeks untuk check lagi kedudukan bayi. Doctor pon ada explain, yang ECV hanya boleh buat if masa scan kepala bayi ada atas, bukan dekat tepi. Sebab if kepala bayi dekat tepi, kemungkinan untuk bayi tu pusing lagi ada. Main point dia kiranya, memang doctor tak akan buat la kalau kedudukan kepala bayi bukan dekat atas. Memang dah ada research, yang ECV boleh di lakukan if baby breech. Memang songsang! ECV ni cuma ada dua kemungkinan, sama ada berjaya atau tak berjaya. Tapi mostly memang akan berjaya. If let say, masa doctor buat dan kita rasa sakit, automatik benda tu jadi gagal. Doctor tak akan proceed dah. Sebab rasa sakit kita tu sebenarnya effect dari baby tu. Ni lebih kurang laa yang aku faham dari explaination doctor waktu tu. 



Since aku tau pasal baby breech, memang aku amal petua sujud lama. Dan merangkak. Tapi tuh laa, kalau Adriana tengah merangkak lagi, syoq jugak main dengan dia haha. Adriana pon dah boleh jalan, merangkak la mummy hang sengsorang. Hehe! Lagi satu, ada petua halakan lampu ke bawah perut. Aku tak kisah laa karut ke apa, janji aku cuba! Hehe. So, next check up on 30 March, nervoussss lagi noks. Kali ni aku pergi seorang, aku tak bagi Apit ikot. Sebab malas la, dia nak kena cuti kerja pulak. Dah tu, selamat la weh check up kali ni tak kena tunggu lama sebab orang tak ramai. Lega dah bab tu. Penat weh tunggu! Huhu. Bila masuk bilik doctor, doctor scan, doctor cakap kepala bayi dekat atas lagi. Doctor suruh aku admit, kiranya dia suruh balik ambik barang dan register dekat lobby and admit. Macam nak menangis wehhh! Sebab dalam kepala teringat Adriana. Macam mana malam tu dia nak tidur takda aku. Sobss! Even memang la kan, aku bersalin duduk hospital nanti pon sama, tapi tak bersedia lagi la secepat tu. Masa doctor tengah type report, dah bergenang jugak la mata aku. Haha. Selfish betoi laa, pikiaq Adriana tapi tak pikiaq baby adik pulak. Dua-dua aku pikiaq, dua-dua aku nak yang terbaik. Huhu. Lepastu masuk ja kereta, aku call Apit.  Nahhhhhh menangis terus engkooo! Hahaha. Masa doctor suruh admit tu, aku tanya dia memang kena terus admit ka? Dia cakap petang-petang sikit pon takpa, dalam pukul 5 ke 6 macam tu you datang la register. Hahhh, senang hati aku dengar. Yang kena admit ni, sebab depa kena monitor dulu before procedure ECV tu berjalan. Bukan boleh terus buat. 



Tak silap aku, aku register masuk wad nak dekat pukul 7 la jugak. Kisahhh sangat la kan, sebab surat memang doctor dah bagi. Just admit ja. Balik dari hospital tu, ambik Adriana dekat rumah Alang and balik gomoi dia bagi puas. Sobbss sobbss! Malam tu Adriana duduk tidur rumah Alang. Sebab Adriana ni bukan jenis nak dekat orang. Dekat tok mama and maktok pon susah sikit. Sebab tu tak boleh nak tinggal dia dekat salah seorang. Huhu. Tapi aku memang sentiasa bersembang dengan dia, pujuk dia. Cakap dengan dia yang dia tak boleh macam tuh. Kena rapat and baik dengan maktok, tokmama, tok abah and tokwan. Sekarang ni dah okay la sikit. Sungguh, teknik kita sembang dengan anak ni insyaAllah berkesan. Sebab dia mendengar :) 



Bila masuk wad ja, lepas tukar baju semua. Terus nurse buat CTG - cardiotocography. CTG ni masa pregnant dekat Adriana dulu kena buat jugak, masa week ke berapa entah. Sebab masa tu, aku rasa dia kurang gerak. CTG ni untuk check denyutan jantung bayi. And, masa pregnant dekat Adriana dulu pon ada masa dia breech jugak. Tapi masa tu still awal lagi kot. Yang ni, buat nervous sebab jadi masa week ke 35, dah nak dekat hujung. Sobss! CTG ni masa nak bersalin pon memang depa akan pakaikan untuk sentiasa monitor heartbeat baby. Sebelum buat ECV, memang doctor akan buat CTG lagi. Dan akan scan. Untuk tengah current position baby, air ketuban dan tali pusat. 





Pagi hari Khamis, 31 March. Doctor pakar datang round wad. Malam sebelum tu pon, ada doctor pakar yang check. And sama jugak, dia explain pasal ECV ni. If tak berjaya, maksudnya memang kena go for csect. Tapi doctor ni pon sama, dia cakap setakat ni banyak yang berjaya pusingkan baby ke bawah. Dia cakap ada yang tak berjaya, tapi dalam 1%. And dia jugak explain pasal csect. Okay la, both doctor pakar pon bagus. Gave good explanation about both, ECV and csect. Malam tu agak la weh tak boleh tidoq. Dengan fikir Adriana, fikir baby adik lagi. Aku pujuk jaa baby adik, suruh dia turun kepala ke bawah. Huhu. Masa doctor pakar check pagi tu, dia macam dua kali jugak la check dekat bahagian bawah perut. Macam check kedudukan kepala baby la, lebih kurang. Then lepas doctor tu check habis semua patients dalam wad tu, nurse panggil aku masuk bilik scan. Ya Allah, nervous gila kot. Berdoa jela dalam hati ni, harap2 baby adik show positive one. 



Bila doctor scan, terus nampak kepala baby adik memang dah turun ke bawah dah. Syukur yang teramat sangat. And then doctor cakap, "Tuh la I rasa tadi pon kepala dah dekat bawah dah, tapi still kena scan la".. And then aku tanya doctor the possibility yang dia akan pusing, doctor cakap possibility ada, tapi InsyaAllah tak. And doctor nak aku check lagi sekali keesokannya tuh. Aku terus tanya "Then I need to stay one more night ke doctor?" .. Ahhh gelabah la kan nak kena admit lagi. Doctor tanya "Kenapa you nak balik ke? Stay dekat mana?".. Of course laa aku cakap yes. Then doctor cakap okay, tapi hari Ahad kena pergi klinik pakar bawah tu untuk check up lagi. Okay on! Hehe. And doctor tu inform dekat MO, ehh betul ke ehh MO yang dok take note apa doctor pakar cakap tu? Haha. Doctor tu cakap "Patient insist to discharge" .. Insist wehh insist. Haha biar laa. Aku tau baby adik dah turun ke bawah dah syukur alhamdulillah dah! So, kiranya ECV tu tak di jalankan. Cuma doctor advise, if check up hari Ahad, baby berpusing balik. Depa akan review balik sama ada buat ECV atau terus bagi date for operation. Cause apa pon, still need to check heartbeat, air ketuban and tali pusat! :) 



Hari Ahad baru ni, pergi GH lagi sebab nak check dekat klinik O&G tu, alhamdulillah, bila scan kepala memang dah dekat bawah. Dan aku tanya doctor tu, memang baby tak akan pusing kan? Haha, seriau weh. Doctor cakap usually memang tak dah. And aku tanya sama ada dah turun masuk 'laluan' ke, doctor cakap lebih kurang 4/5 nak masuk jalan dah. Alhamdulillah. Tuh soalan aku sebab nervous jaa, even sebenarnya apa pon still dekat tangan Allah kan. InsyaAllah, tak akan henti berdoa semoga baby adik selamat di lahirkan nanti, heee! :) 



So, sekarang dah 38 weeks, 11 days to go. Due date on 16 April. Dan dah berjaya packing semua barang-barang. Kemas barang baby semua. Haha. Baju ada yang recycle dari kakak Adriana and ada yang beli baru. Sekarang pulak tengah ada sales Pureen dekat CMart Amanjaya, and baby fair dekat Parkson Taman Sejati. Ya ampunnn, aku ingatkan dah habis dah nak membeli. Aku p sana, aku beli lagiiii, hahaha! Tapi sales Pureen tu tak best mana pon, hikhikhok! 




38 weeks and kembang! Boleh tahan jugak perut kali ni, lebih kurang macam dekat Adriana dulu jugak. Aku rasa sebab kuat minum ais sama kot. Haha. Tapi berat tak naik wehhhh! Asyik la dok kena tanya dengan nurse, asyik laaa kena tulis pen merah. Dekat Adriana dulu, kena pen merah sebab naik over sangat. Yang dekat baby adik ni, pen merah sebab tak naik tak turun. 


It's okay, apa pon semoga bersalin  kali ni lagi di permudahkan oleh Allah.
Semoga anak kedua kami ni lahir dengan sempurna dah sihat.
InsyaAllah amin.



Thanks untuk kengkawan yang doakan untuk ECV haritu.
Dan teruskan la doa untuk bersalin nanti pulak, heee! 



Okay bye! :)

No comments: