Thursday, June 9

PART 2 : KISAH BERSALIN 2.0

Assalamualaikum. Hello!


I'm backkk! Gitteww, ada orang kesahhh la pulok? Ceyyy, haha! 


Biasa la, aku kan suka curi masa dekat office untuk update blog. Selamat kerja Marketing division, tak kena block from any website. Boleh access semua haha! Ehhh tak salah guna waktu kerja la, sekarang lunch hour, kihkihkoff! Tapi entah la entry ni cukup aku type dalam masa lunch hour ke idok, sebab company ni lunch hour for muslim during fasting month ni 15 minutes aje, sebab kami boleh balik awal dari yang lain, hihi! 



Okay, nak continue tang mana entah. Aku kena baca balik previous entry -- KISAH BERSALIN 2.0 :p



So, malam tu aku keluar makan dengan husband, Adriana and parents in law. Memang dah rasa sakit contraction tu makin lama makin kuat. Tapi still can control and act cool. Mungkin jugak sebab dah rasa kali kedua, so dia lebih rileks. Dan tak berapa kuat lagi la rasanya masa tu, hihi. Dan berjaya habiskan nasi ayam yang order. Kiranya, boleh makan sampai habis tu memang okay lagi la kan :p Tapi dalam hati aku dah rasa yang memang malam ni atau esok jugak aku akan bersalin. Balik dari dinner dah nak dekat pukul 11 malam jugak, memang makin sakit. Dan still act cool. Aku rasa aku boleh rasa kuat sikit tahan sakit sebab ada Adriana. Haha. Aku dah rasa makin kuat sakit tu, so aku memang kena tidoq kan Adriana cepat-cepat, tak boleh bagi dia main dah. Dan memang dia pon dah mengantok. Sebab Adriana pukul 10 ke 11 malam tu memang dah waktu tidoq dia dah. Lega sebab Adriana pon senang lena malam tu. Lepastu Apit dah nak tidoq, dia tanya aku okay ke tak. Aku cakap okay, boleh tahan. Padahal sakit tuh boleh tahan la jugak weh. Tapi sebab aku rasa macam okay kot boleh tahan, aku cakap kat dia suruh tidoq dulu. Sebab kesian siang tu dia tak rehat masuk bengkel, memang letih la. Aku tau kerja husband aku macam mana, so aku rasa aku boleh tahan, aku tahan dulu. Aku cakap kalau sakit sangat dah aku gerak. Dia pulak memang spesies senang 'lesap'. Letak kepala lena lepastu payah gerak! Hahaha! Aku tunggu kira contraction tu ada la dalam sejam, kira dalam sejam tu aku pon bagi Apit tidoq dulu laa. Dah tak tahan, aku bancuh susu, bagi Adriana minum dulu. Sebab nak bagi dia lena nyenyak dah nak tinggai. Ya Allah, sayu yang teramat bila tengok muka dia tidoq. Aku sempat pesan suruh dia lena elok-elok, kalau terjaga jangan nangis. Aku pesan kena duk dengan tokmama and tok abah. And aku pesan suruh doakan aku dengan adik. Meleleh jugak la ayaq mata, dengan tahan sakit lagi. Lepastu aku gerak Apit. Hoish kemain susah nak bangun sebab dah dia baru lena+letih. Rasa nak jaaa tampaq muka tu, kang derhaka pulak. Kahkahkahkah. Dia baca ni mampus gue, hikhik. Then dia gerak mama suruh jagakan Adriana, kami terus keluar. 



Dan kalau nak tau, sampai ke saat nak bersalin tu pon aku belum decide nak bersalin dekat hospital gov or private. Hihik. MIL aku suruh terus pergi Wisma ja, sebab memang tak seorang pon yakin nak suruh p gov hospital. Tak, aku bukan perlekeh okay. Aku sendiri pon dah pernah admit 2 kali dekat gov hospital. Tapi sungguh, bab bersalin, memang aku pikir banyak kali, huhu. Tambah pulak latest news aku dengar, hospital memag tak bagi husband masuk. Lagi laaaa, aku berbelah bahagi. And then, Apit pon drove to Wisma. Sampai lebih kurang 1 pagi lebih kot. Terus masuk labour room, nurse check bukaan. And masa tu bukaan dah 6cm okay. Terkejut berok aku dengar! Ha laa, 6cm tu memang dah kritikal la (metafora gila tulis kritikal hahaha), kalau hang kena admit wad, and dah 6cm tu memang depa dah tolak masuk LR la. Nurse terus nak masukkan ubat punggong. Then lepastu tunggu sekejap, dia suruh p toilet. Balik dari toilet kena tukar baju and procedure go on. Pasang CTG tuh. Makin lama makin sakit. Yeahhh nightmare come back! Haha. Tapi kali ni selamat tak terajang terajang ja, lebih cool tapi merekot jugak la aku tahan sakit. Taktau merekot maksud apa, main jauh-jauh haha! Kena tunggu Dr. Ayu sampai. Dan selamat jugak, aku ada record check up dengan dia yang found out baby breach tu. Kiranya, untuk secure kalau kita half-half nak p gov or private, baiklah pergi check up dua-dua. Hikhik. Lepastu nurse ada inject untuk apa aku taktau, aku malas ambik tau sebab tengah sakit. Tapi bukan belakang badan la, dekat pungpung haha, sensor sangat! Ubat tu bagi mengantok, dah la tengah sakit, mata dok rasa nak lena pulak. Last aku tengok jam masa tu dalam 1.40 pagi tak silap. Apit setia dekat sebelah, tolong tenangkan aku, suruh sabar suruh zikir. Tapi kalau dia rasa sakit contraction tu macam mana mesti dia tak kan suruh sabar, sebab memang tak boleh sabarrr, ngeh ngeh! Thanks husband! Then lepastu Dr. Ayu sampai. Dia suruh aku push bila rasa contraction tu sampai. Alhamdulillah, sebab dah kali kedua. Aku dah tau macam mana nak push. Dan tepat jam 2.12 pagi, 7 April 2016, dengan berat 3.2 kg, alhamdulillah puteri kedua selamat di lahirkan. Dan kalau nak tau, aku push dalam keadaan mengantok. Doctor and nurse siap cakap banyak kali suruh fokus push jangan tidoq. Huahuahua! Masa Dr. Ayu jahit tu memang aku lena weh, dah sedar pon dah siap. 



Alhamdulillah, walaupon pregnancy kedua ni tanpa di rancang. Dan perasaan masa mula-mula tau tu sangat la tak stabil. Tapi dari awal sampai ke sekarang, semuanya mudah. Dah 5 bulan pregnant baru sedar. Tak ada alah langsung. Tak ada craving yang teruk-teruk melainkan aku rasa nak makan ikan terubuk tu jela kot aku request sungguh dekat Apit nak makan, dah tu dapat makan sehari before delivered pulak, hehe. Sakit contraction pon still okay, kira aku boleh bear la sampai dah bukak 6cm pon aku boleh lek-lek lagi. Masa Adriana dulu, baru 3cm pon dah menggeluporrr kau! Nak bersalin pon di permudahkan, push tak sampai berapa kali dah baby adik selamat keluar. Alhamdulillah! Sebab tu la kan, setiap yang jadi ada hikmah. Ada jalan yang Allah akan bagi untuk mempermudahkannya selepas tu. InsyaAllah :) 





Aku pon tak sangka yang berat baby adik boleh lebih sampai 3 kg. Haha, sebab last check up follow up yg ECV tu,  baru 2.6kg. Tapi memang ada orang cakap, hujung-hujung pregnancy, berat baby lagi cepat naik. Memang muka baby adik masa tu, nak sejibik macam kakak Adriana. Pipi bambam. Aku rasa pipi depa dua memang menurun dari aku la! Bila tengok baby adik bukak mata ja, terus nampak muka ikot daddy dia. Part mata tu memang ikot daddy. Okay la tu, amik sorang sikit. Kihkihkih. 





Nur Ariqa Fatina binti Muhammad Firdaus
-- yang baik budi dan menawan hati --


Dan sesungguhnya sampai ke baby adik lahir pon kami still tak ada nama. Actually aku ada fikir nak letak nama apa, tapi nama tu Apit tak setuju, cis. Lepas dah bersalin tu baru aku cari balik nama nak letak. Memang agak kelam kabut jugak la pregnancy kali ni, mau takkkk, tau pon masa dah 5 bulan pregnant. Preparation pon jadi pendek la jugak. Dan kalau nak tau, aku settle kemas baju-baju baby adik pon lepas keluar dari hospital yang nak kena buat ECV tu, which is seminggu sebelum bersalin la tuh. Selamat la jugak tergerak hati nak pack sesiap. Kalau dok lengah fikir due lambat lagi, memang kelam kabut la jawabnya! 





Kakak Adriana dan Adik Ariqa :) 

Alhamdulillah sangat-sangat, Ariqa sangat mudah nak jaga. Langsung tak buat perangai. Tak menangis malam. Senang amat jaga. Kiranya aku berpantang dalam keadaan yang tenang la dengan dia, tak gaduh nak berjaga malam sebab dia menangis ke apa. Tapiiii, aku kerap terjaga sebab kakak dia jaa, haha! Ariqa kalau lepas menyusu, kalau belum tertidoq masa menyusu, letak ja atas tilam dia akan terkebil-kebil sendiri sampai la terlena. Sampai kan masa malam awal-awal tu aku terjaga macam terkejut la, sebab aku rasa macam dah lama tidoq tapi dia tak terjaga menangis ke apa. Mak aku cakap, dah dia tidoq nyenyak tu maksudnya tak lapar la tuh, hihi. Punya syoq tidoq, sampai kena gerak la nak bagi susu. Sampai sekarang pon sangat-sangat senang jaga Ariqa. Kalau tak tidur pon, dia akan terkedek-kedek main sorang-sorang sampai la dia bosan baru dia bunyi, hehe. Kira kita boleh la buat kerja lain. Tapi kadang-kadang kesian bila Adriana tengah merap, tambah lagi time dia demam sekarang. Ariqa kena mengalah sat dengan kakak dia. Kesian adik. Heee. 







Adriana pulak bila dah ada adik, macam biasa ja. Dia bukan paham apa sangat lagi. Mula-mula dulu dia suka tarik mittens and booties adik ja. Tapi sekarang dah pandai nak tampaq adik, huaaaaa! Bab kiss adik memang pandai, kerap ja nak muah adik dia. Dan lagi satu yang kusss semangat, Adriana ni pantang orang tak nampak sikti dia dengan adik dia, dia akan cepat nak p dekat adik. Sebab nak tampaq! Kadang-kadang p pelok. Tapi pelok style hardcore punya. Kalau kita terperasan yang dia nak p kat adik dia, dia akan cepat-cepat stop and gelak nakal. Haha geram jerrr makkk ni nakkk! Alhamdulillah rezeki Ariqa, sampai sekarang aku masih mampu fully bf dia. Dan Adriana pon still bf. Semoga terus ada rezeki untuk dua-dua ni even aku dah almost risau takut tak cukup stok. Huhu. InsyaAllah, mommy can do it for both of you! 






Gambar latest dua-dua beradik pagi ni. Dua-dua berjaga awal pagi ni, sebab tau mummy nak masuk kerja dah kot, huhu. Suppose maternity leave aku sampai 5hb ja. Tapi di sebabkan 7hb kena bawa Ariqa jab 2 months. Aku direct cuti sampai 8hb. Beratnya hati nak masuk kerja, sebab Adriana tengah demam pulak. Demam nak tumbuh gigi lagi aku rasa. Nervous jugak mula-mula fikir nak handle dua orang pagi-pagi nak pergi kerja. But I did it. Even mood Adriana pagi ni tak okay sebab still demam tak sedap badan kan, tapi alhamdulillah semuanya okay saja! Hihi. 



Sudah la kot, panjang berjela jela dah pon! kihkihkih! Sambung kerja, even sebenarnya belum ada kerja lagi. Just kena attend meeting ja petang sat lagi, itu pon aku taktau punca kepala ekor apa. Attend sajo lerr!



Thanks untuk semua yang mendoakan dan ucap tahniah. Thanks to my family and family in laws. Special thanks untuk husband tercinta. Thanks sebab ada di sisi untuk kali kedua saat daku melahirkan zuriat kita, gitteww, hikhik!



Alhamdulillah syukur, semoga di permudahkan untuk aku besar dan didik anak-anak aku ni, InsyaAllah, ameen! :) :) 







Ehhhh nak jugekkkk tempek gambar owner blog! 
Ramai cakap aku kurus, and yes memang berat aku turun. Banyak! I get my dream weight, nak sangat kan weight below 50kg. Dah dapat. But somehow aku rasa pelik, pelik sebab kurus, tambah lagi tengok gambar ni! Huahuahua. Tapi jangan seronok sangat, sebab aku tau tak lama lagi, akan naik lahhh ia! Sebab badan aku jenis cepat naik jugak kot, huhu. 



Okay bye, sekian! 

2 comments:

Aerzee Amir said...

Seronoknya dah ada 2 baby. Tahniah wanie!

wanie said...

Hihi thanks ezy ;)