Friday, July 22

DIKBAMBAM

Assalammualaikum.




Entry ni saja nak cerita pasal puteri kedua, anak solehah ni. Hihi. Budak baik. Ramai cakap macam tuh bila tengok peel si Ariqa ni. Alhamdulillah. Kata-kata itu doa, ameen. Ariqa ni dari lahir sampai sekarang sangat laa menyenangkan aku. Alhamdulillah. Dalam tempoh pantang, memang la sangat free. Maksudnya tak terganggu apa-apa dengan perangai dia. Tak meragam tengah malam sampai ke awal pagi. Even sampai sekarang pon dia bukan jenis berjaga tengah malam. Paling lambat dia akan tidur pukul 11. Sama macam Adriana. Aku rasa salah satu faktor mungkin sebab Apit kan memang jenis tidur awal. Awal la bagi sesetengah orang yang tidur lambat sikit even esok kerja. Tapi bukan la tetiap malam, ada jugak dia akan tidur lambat. So, aku pon akan ikut sama tidur. Thus, depa pon dah di-train secara tak langsung, by certain time memang dah waktu tidoq dah. Cuma kalau ikotkan Adriana masa baby dulu, dia jenis meragam la. Aku rasa sebab anak sulung sama kot. Dari situ mungkin Allah nak uji kita yang first time as mother ni sabar ke tak dengan ujian macam tuh. Hihihi wah gittuu. Tapi betul la orang cakap, perangai baby ni akan berubah-ubah. Makin lama, makin senang la Adriana tu tidoq. 


Aku jugak anggap ini la salah satu hikmah kot yang Allah bagi dekat aku. Sebab kan masa mengandung dekat Ariqa aku tak sedar sampai dah 5 bulan pon. Plus, jarak umur dengan Adriana pulak dekat sangat. Plus, masa awal aku tahu pasal kandungan Ariqa kan aku macam tak betul sikit. Fikir banyak. Dalam keadaan tak berapa seronok. Tapi lepas fikir dan tepis hasutan syaitonnn semuanya okay, alhamdulillah :) So, Allah senangkan aku untuk jaga Ariqa. In fact, time mengandungkan dan lahirkan dia pon di permudahkan sangat-sangat. Allah tu Maha Adil. Anak ni macam-macam perangai. Setiap anak pulak tak sama perangai kan? 


Adriana jenis hardcore sikit perangai dia. Kahkahkahkah hardcore pula yee kakak. Tak, Adriana ni jenis kuat bebai sikit. Jenis garang. Btw, kuat bebai tuh of course laa ikut perangai daddy dia. Kihkihkih. Ada benda dia nak, memang dia nak la. Tak bagi dia akan nangis, bebai. Haa gittu. Dan sebab tu, Allah nak bagi adil ke aku, seorang active, seorang lagi passive. As for now laa. Nanti makin Ariqa besar, tak tau pulak macam mana kan. Untuk sekarang, macam tuh laa Allah mudahkan aku jaga dua anak yang memang sangat kecik lagi ni. Yang memang perlu secukup cukupnya perhatian. Hihi. 


Jaga dua orang anak yang cuma beza setahun sebulan ni tak la sesusah mana. Kalau cakap bab penat, penat jadi double la. Tapi sebab Ariqa ni mudah, so yang kena layan lebih sikit tu dekat Adriana la. Tapi aku dengan Apit memang paham sendiri dah. Kalau aku kena handle Ariqa, dia handle Adriana. Kalau dia handle Adriana, aku handle Ariqa. Cuma waktu nak tidur malam ja aku memang kena handle dedua. Unless kalau waktu tu salah seorang takmau tidur lagi. Tapi selalunya, Ariqa pon pandai, time aku nak bagi tidur kakak laa. Dia akan mintak susu jugak. Haha. Adriana selalunya malam aku akan bagi tidur buai, sebab aku nak shortkan masa layan dia sampai tertidur. Haha. Kalau tidur buai, cepat sikit dia terlena. Kalau biar dia layan main dulu lepastuh bf and terlena, lambat sikit la. Except kalau memang Ariqa dah tidur. Kalau dedua nak perhatian nak tidur sekali, memang seorang dalam buai. Seorang atas riba, menyusu. Sebab tu la aku kena handle dua-dua. Dia tak boleh take turn handle Ariqa sebab 'ubat lali' nak bagi Ariqa tidoq ada dekat aku, kahkahkah. Bab buaikan Adriana ni, daddy dia tak "jalan" sangat bagi dia terlena. Apit sambil buai sambil nak main, sambil nak acah, nak kacau. Aku rimas sikit, kang dari budak tuh nak terlena terus nak turun buai sambung main. No, cannot. Mummy pon mengantok nak tidur. Lagi satu daddy dia dodoi lagu tak sebest mummy dodoi. Kahkahkah. 



Baru-baru ni dua-dua tak sihat. Selsema and batuk. Ariqa sebelum raya lagi dah selsema, lepas tuh berjangkit dengan kakak dia. Aku bawak Ariqa jumpa Dr. Tan dekat Klinik Pakar Kanak-kanak Cutie Care dekat Taman Ria Jaya tuh. Memang sebelum tuh aku dah notice badan dia jenis kering, macam menggelupas jugak sikit. Then aku just apply minyak zaiton ja. Aku memang tak sapu lotion or pakaikan bedak untuk depa masa umur-umur macam ni. Kulit kan still sensitive. In fact, bedak tuh tak elok pon. So, dah jumpa Dr. Tan tuh aku consult la sekali pasal kulit dia. And Dr. Tan bagitau Ariqa ni kulit sensitif and he said Ariqa ni ada eczema. Actually masa tengok kulit dia pon, aku dah rasa macam tuh. Sebab kakak ipar aku cakap jugak, Ariqa ni macam ada eczema. Ariqa kulit kepala dia berkuping. Tuh jugak salah satu faktor yang sebabkan kulit jadi sensitif. Ada petua kan cakap, masa pregnant kena minum air kelapa banyak-banyak nak kulit baby cantik dan elakkan kepala berkuping. Tapi tuh la, untuk Ariqa ni pon sama ja macam Adriana dulu. Memang suka sungguh aku minum air kelapa. Nak buat macam mana kan, dah Ariqa nak jadi macam ni. 


Sedih jugak aku bila tau Ariqa eczema ni. Sebab tau, penjagaan dia kena sangat teliti. Bab kebersihan dan makan minum dia. Dan paling menyedihkan sebab aku dah start campur susu untuk Ariqa. Aku ni kan, kalau dah boleh direct bf memang jadi liat nak pump. Sebab tuh stock susu masa dalam pantang haritu tak banyak aku kumpul. Padahal kalau ikotkan, alhamdulillah rezeki Allah bagi kali ni untuk keperluan Ariqa. Cuma itu laa, masa cuti berpantang haritu kan boleh direct bf. So, aku tak kerap sangat la pump. And dalam bulan puasa haritu stock dah putus, cuma waktu kerja still aku boleh pump. Tapi jadi stock untuk sehari hari jela. Pump harini untuk esok, macam tuh. Haha aku ni sama kot, tak gigih nak usaha. Huhu. So, aku kena campur susu la bila supply aku bagi dekat Alang tu tak cukup botol. Aku belikan dekat Ariqa susu Dumex Dupro. Alhamdulillah dia okay boleh minum. Tapi dia cuma minum formula masa dekat rumah Alang aje la. Bila dengan aku memang fully direct. In fact, memang aku tak beli stock formula untuk dia dekat rumah pon. Rupa-rupanya susu ni ada kaitan dengan badan dia. Sebab bila Dr. Tan tanya aku bagi susu apa, aku bagitau la kan. And Dr. Tan tanya kulit dia jadi kering lepas tuh ka. Aku cakap tak jugak. Cuma obvious memang lepas dia start minum formula tuh. Sobss.


And then Dr. Tan suggest tukar susu or dia suruh aku rajin la mengepam bagi susu badan. Huhu. Dr. Tan suggest beli susu Dumex Mamex Pepti. Sebab Ariqa ni dia hypoallergenic protein. Masa dia cakap haram la tak paham. Aku tanya la maksud dia semua kan and kenapa kena bagi susu tuh berbanding dengan susu lain. Dia explain, susu ni protein dia ringkas. Tak macam susu biasa yang protein dia panjang. So, bila Ariqa minum susu biasa yang protein panjang, ada reaction la dekat badan dia. And doctor juga mention, dia berhingus tu mungkin kesan allergy susu. Sebab aku cakap la, Ariqa ni dengar dia macam berhingus, tarik hingus. Tapi hingus tu tak meleleh macam orang sesema tau. So, ringkasnya aku paham. Macam aku la, ada resdung. So, bila makan sambal belacan or ikan masin akan gatal hidung dan bersin. Aku tanya doctor apa punca dia boleh kena eczema. Macam mana. Kena la tanya kan sebab tak tau. Then dia cakap from family history one of it. Dia tanya aku dengan Apit ada masalah kulit sensitif tak. Aku jawab yes, memang kami dua kulit jenis sensitif. And then dia tanya aku dengan Apit ada sinus tak. Yang ni memang yes la. Both of us memang ada sinus. So, doctor cakap sebab tuh la. Memang tak semua anak-anak akan kena, macam Adriana alhamdulillah okay. So, yang kena dekat Ariqa. Huhu. 



Haritu sebelum aku tau pasal Ariqa ada eczema memang aku perasan lepas aku makan udang and ketam. Muka dia jadi merah and berbintik. Tapi aku just ingat mungkin rashes kan. Then bila dah jumpa doctor, baru aku ingat balik. Rupanya sebab tuh la. Aku kan bf dia, so effect ke dia la jugak. So, for now. No more seafood and allergy food for me. It's okay. For you baby :) Doctor jugak suggest aku tukar mandian untuk Ariqa, doctor suruh aku guna Cetaphil. Doctor bagi sesiap masa tuh, Cetaphil Cleanser and Cetaphil Moisturizer. Aku ingat kan dia nak suggest ja dekat aku, rupanya dia nak suruh beli terus dekat dia. Haha beli jela kan. Lagi senang. And it works. Alhamdulillah kulit Ariqa makin okay. Lembut. Dah tak mengelupas and kering :) 


Cuma bab susu tuh dia tak mau minum Alang cakap. Sampai nangis sebab dah lapar. So, bagi jugak la susu Dupro tuh bila stok susu badan dah habis. And then, baru-baru ni aku ada follow up lagi dengan Dr. Tan sebab Adriana tak lega jugak sesema. Aku bawak check Ariqa jugak. Aku inform dia yang Ariqa takmau minum susu Mamex Pepti tuh. Dia cakap memang baby akan refused sebab tak sedap pon susu tuh. Dia suggest susu lain. But still dia mention suruh aku bagi susu badan la kan, hikk. And dia bagi dekat aku yang sample punya susu Enfalac A+ Gentlease Rumusan Khas. Alhamdulillah Ariqa boleh terima. Mungkin sedap sikit kot dari Pepti. Dan tak nampak reaction dekat kulit dia dan pernafasan dia. Cuma day 1 dia minum tu, 3 4 kali jugak dia poo poo. Tapi susu ni bukan protein ringkas macam Pepti. Cuma dia ringkas sikit ja dari formula biasa yang lain. Huhu. Tapi aku kena consult balik dengan doctor nanti. Sebab setahu aku rumusan khas ni untuk certain khas if baby cirit birit ke sembelit kot kan? So, aku kena consult la sama ada continue or tukar ke rumusan bayi. 



Ini Ariqa dan sepupu dia. Anak kakak aku, Muhammad Uwais. Uwais ni lahir selang dua hari ja dari Ariqa. Padahal kalau ikotkan due date kakak aku hujung bulan 4. Tuptup 9hb dah meletop. Dah la meletop dalam keadaan kelam kabut pulak. Tapi sungguh, kakak aku ni rezeki dia melahirkan anak tuh mudah untuk dua-dua anak dia. Kemain kan Ariqa tidoq. Abang Uwais tidoq sopan lagi, kahkahkah! Kalau balik rumah maktok macam ni, dua-dua share tilam tidoq dalam baby cot. Sebab apa kena tidur dalam baby cot? Mesti la sebab kakak-kakak depa ni hardcoreee. Hahah. Kang tak pasal jaa buat apa-apa dekat adik-adik :p 




Nur Ariqa Fatina dah 3 bulan lebih. Dah boleh menirap dengan yakinnya. Haha alhamdulillah. Awal-awal ja tak pandai tarik tangan and angkat kepala. Tapi sekarang dah boleh. Adriana dulu pon boleh meniarap bila cukup-cukup 3 bulan. Kalau tidoq pon nak sambil meniarap dah, pandai-pandai dia la dia ubah. Cuma sesekali aku check jugak takut dia sembam muka dia. Tapi baby ni  dia pon tau ikot keselesaan dia. Sekarang ni dah tak suka kena tinggal sorang-sorang, kena nampak muka orang dekat dengan dia. Kalau tak bunyi. Jenis ringan mulut ni, ada ja benda nak sembang hihihi. Ariqa ni aku tak nampak macam muka aku, memang dia banyak ikut muka Apit. Tu renungan tuh, ituuuu pon renungan macam daddy dia. Kahkahkah! Untuk Ariqa ni aku cakap dekat Apit, expenses dia mahal sikit la dari Adriana. Sebab susu pon kena minum susu yang mahal, sabun mandi pon mahal sikit. Apit cakap tak pa la, ada la rezeki mai kot mana-mana nanti untuk Ariqa. Bab duit jangan risau Apit cakap, itu hal dia. Huhu. Lagipon dulu 5 bulan aku tak hiraukan dia, tak sedar pasal kewujudan dia. So, sekarang kena laa lebih attention sikit kan, hee. Apa saja untuk anak-anak mummy daddy! 



Semoga anak-anak mummy sentiasa di beri kesihatan yang baik. Sentiasa di lindungi Allah! :) 



Okay bye! 

1 comment:

Anonymous said...

Hi boleh tau mana awak beli mamex pepti di sp? No sy 0182201745 hida. Tq