Thursday, September 1

KERJA KAYU : TWOSTONEWOODWORKING

Assalammualaikum! 


September! Phewww September dah weh! Entry ni, entry khas untuk cerita pasal business husband iolls! Alhamdullillah dah September, means lebih kurang 9 bulan jugak business ni berjalan. Sebab Apit start business ni awal tahun haritu. Masih dalam tempoh merangkak lagi, tapi Alhamdulillah dengan rezeki yang masuk. Order dari customer. Apit ni jiwa dia memang jiwa business. Memang dah start business dari lepas quit study dekat KDU College dulu lagi. Run business family, meniaga ayam. So, ini second business Apit. 




Apit buat satu bengkel dekat kandang lembu abah. Dekat situ jugak tempat proses ayam. Tapi bengkel ni di satu side la, tertutup. Senang dekat situ, sebab dah memang ada kawasan untuk buat. Apit start dengan beli segala kelengkapan mesin yang nak guna untuk buat kerja kayu ni. Tapi yang pasti aku taktau nama-nama mesin tuh, kihkihkihkih. 





Ini almari baju. Open without pintu. Ini kira lebih kurang macam 1st job yang Apit dapat la. Request dari kawan dia untuk kedai printing. Size as request by his friend la. And design pon sama jugak, based on request. Actually customer boleh request size and design. Nanti Apit akan quote harga. Don't worry, harga memang affordable. Sesuai dengan hasil kerja tangan. It is custome made, based on order. Plus, it is hand made :) InsyaAllah berbaloi dengan hasil yang dapat. Tengok gambar ni siap ada pakej model kambing dua ekor lagi. Hihi. Kandang abah ada lembu, kerbau dan kambing :) 



Ini pulak order dari customer kedai makan. Table bar. Tempat bancuh air kot kan senang paham hihi. Kedai makan ni dekat Carnival Business Centre near to Cinta Sayang tuh. Aku lupa nama kedai tuh la pulak. Tapi row depan mengadap jalan besar tuh. Actually you all boleh reuqest if nak mix kayu and metal. Or boleh ja if nak semua dari kayu pon hihi :) 


Kerusi tinggi ni order dari Pergh!Cafe. Sesuai jugak untuk rumah yang ada table bar :) Tinggi rendah panjang lebar, boleh request bebeh! 



Ini request meja jepun and kotak kotak kayu ni. Aku tak sure nak panggil apa benda atas ni kahkahkah. Tapi yang ni orang selalu guna as deco or kerusi pon boleh dekat pelamin zaman sekarang ni kan. Ini request dari Aida, boss SurpriseplannerSP. Thanks Aida and Kak Akma sebab order dekat Apit :) 

 Haaa ini gunanya. Hihi. Credit picture dari instagram SurprisePlannerSP. Ambik gambar satu yeee Aida, hihi. 


Haaa tudiaaa. Apakah ini? Ini laaa rack display untuk hotwheels. Request dari kawan Apit, Mizi. Hihi. Kalau sapa-sapa berminat macam ni, boleh ja request okay. Kalau bukan untuk hotwheels, untuk apa pon boleh. Rack untuk buku ke, or nak display apa pon boleh. Just bagitau nak design macam mana, nak size apa. InsyaAllah Apit boleh buat :) 





Ini lah hasilnya bila dah siap pasang dekat dinding. Mizi order jugak meja jepun. So far meja jepun or coffee table ni hot order la. Boleh request size, nak panjang lebar apa. Don't worry, Apit memang buat delivery. If nak pick up sendiri dekat bengkel pon boleh aja. Direction akan di beritahu :) 



Ini meja kasih sayang menantu untuk mentua. Kahkahkahkah! Mak request dekat Apit nak coffee table sebab yang mak guna tuh dah nak patah dah kaki dia. Maka ini hasilnya. FOC la untuk mentua. Even mak insist nak bayo! Haha baik menantu ni :p :p 


Ini meja makan untuk 4 orang. Request order dari sepupuku, Ayu. Thanks Ayu sudi order dengan Apit.  Measurement semua by customer request :) 


Coffee table, wood X metal! Suka gila aku design ni, sesiapa yang berkenan boleh la order. Hihi. 



Dining table for 6. Wood X Metal. 
Ini latest order jugak ni. Baru delivery last week :) 




The latest one, coffee table. Measurement request by customer. Baru ja delivery malam merdeka baru ni dekat Taman Ria Jaya! Thanks akak sudi order :) 


Aku tak boleh nak mention harga untuk setiap satu, sebab design semua tak sama harga. Sebab based on measurement. Tapi kalau nak exactly macam yang pernah di order ni, boleh la whats app Apit nak tau harga dia. Sebab kerja kayu ni memang tak ada spesifik harga, sebab based on measurement and nak material macam mana, nak fully kayu or mix with metal. Haaa giteeewww. Tapi yang pasti affordable! No worries. 


Boleh follow instagram kerja kayu TwoStoneWoodWorking -- @twostoneww 
InsyaAllah akan ada update from time to time. 


Ehhh bukan nak tunjuk muka dikbam. Tapi nak tunjuk meja belakang tuh. Tuh antara 'karya' pertama Apit masa mula business ni. Mesti la nak try untuk rumah sendiri dulu kan. Hihi. 


Ini bench 1st try Apit buat. Tak perfect mana bench ni sebab Apit just try untuk buat. Tapi sekarang if ada yang nak order, InsyaAllah akan puas hati. Sebab dah belajar dekat mana silap and perlukan improvement. Jyeahhh! 


So kepada sesiapa yang mencari tukang kayu untuk buat barang/perabot kayu dari kayu pine/pine wood and pallet boleh la order dengan TwoStoneWoodWorking. Kalau nak order untuk backgound pelamin dari kayu pine/pallet pon boleh order. Ada sesetengah tuh nak bekas hantaran dari kayu pine/pallet pon boleh ajee bagitau nak berapa bekas and size besar mana, biasa diuruskan hihi. 
Apa-apa sahaja yang rasa nak buat boleh whats app dulu, boleh tanya harga dulu. If puas hati boleh terus order. Setakat ni area Sungai Petani memang boleh delivery. Area Alor Star pon boleh. Senang cakap, InsyaAllah area Kedah and Penang, beresss untuk delivery with some add on charge. Bab tuh boleh bincang. Takdak hal okay! 


Okay selain kerja kayu. Yang mana area Sungai Petani or mana-mana kawasan lah yang berdekatan, if nak beli ayam untuk makan hari-hari, untuk BBQ, untuk kenduri or any event. Boleh jugakkkkk order dengan Apit. If takmau beli seekor ayam, nak beli by part, nak beli untuk buat chicken chop, chicken grill or apa-apa saja laa, pon bolehhh aja order and beli. Apit berniaga dekat Pasar Taman Sri Wang. Haaaa, nak dekat raya haji dah kan? If ada yang nak beli lembu buat qurban pon bolehhh. Nak beli kambing untuk majlis akikah pon hado okay. Boleh contact number bawah ni. Number phone Apit tuh boleh la if nak tanya bab kerja kayu or nak tanya bab nak order ayam. Beressss. Ohhh btw, Aku PA dia okay. Aku check phone dia. Tanya bab-bab ni ja, jangan melebih. Kahkahkahkahkah! 




Btw, all the best suamiku! Semoga terus sukses. I know you know adat dalam berniaga, kadang-kadang untung kadang-kadang rugi sikit. But after all, Allah dah tetapkan rezeki kita. Me and our manja will always support and love you. Will always be by your side no matter what. We all love you! Semoga terus berjaya. We will achieve our dream, soon! We can! InsyaAllah!
  Terima kasih berkerja keras mencari rezeki untuk our little family! Xoxo. 


Hihi.
Okay bye! :) 

No comments: